Written by Bella | April 5th, 2016

Sejak semalam lagi, kecoh bila ada sesetengah pihak membandingkan pakaian Mira Filzah dalam satu sesi fotografi untuk majalah kelihatan sama dengan corak langsir. Mula lah foto berkenaan tersebar dan menjadi bahan bualan ramai.

Meskipun menerima pelbagai komen, Mira nampaknya tidak mudah sentap dan menganggap perbandingan itu adalah satu perkara yang lucu.

Jelas Mira, baju itu sebenarnya disediakan oleh pihak majalah dan bukanlah daripada koleksi beliau sendiri.

Baju itu dipakai bagi menjayakan sesi fotografi untuk sebuah majalah dan ia disediakan sendiri oleh pihak wartawan media berkenaan.

Tetapi, jika diamati, baju itu sangat cantik. Tidak sangka pula ada corak sama bagi kain langsir. Lucu pula apabila ada yang membandingkan baju berkenaan dengan langsir terbabit.

Pada masa yang sama, Mira memberitahu beliau tidak berkecil hati jika ada pihak yang mengejek beliau. Namun, selepas ini beliau berharap perkara seperti ini tidak berlaku lagi.

Jujurnya, saya tidaklah berasa malu atau kecil hati pun dengan perbandingan itu. Tetapi selepas kejadian ini, mungkin saya akan lebih berhati-hati dengan setiap baju yang digayakan.

Biasalah peminat ini kadang kala ingin bergurau dengan artis,  bukan satu perkara yang serius pun. Kalau seseorang artis itu asyik nak marah sahaja, nanti orang meluat.  Sekali sekala relaks lah.

Sumber Berita : BH ONLINE