February 14th, 2020

Majlis ‘baby shower’ dan ‘gender reveal’ sudah menjadi trend untuk bakal-bakal ibu pada masa sekarang menyambut kedatangan bayi dengan gaya barat atau moden. Hampir setiap pasangan selebriti yang bakal menimang cahaya mata akan mengadakan majlis tersebut bagi meraikan kelahiran anak mereka.

izara aishah

Baru-baru ini, pelakon Izara Aishah telah mengadakan majlis ‘baby shower’ yang berlangsung dengan cukup meriah sekali, dihadiri keluarga dan rakan terdekat.

Menerusi foto yang dimuat naik, tidak dinafikan Izara kelihatan berseri-seri dan anggun. Bagaimanapun, fesyen yang digayakannya mendapat kritikan daripada netizen.

“Dah nak jadi mak orang pun tak reti pakai seluar”

gender reveal izara aishah

Mengenakan ‘dress’ berwarna putih yang dipadankan dengan jaket berkotak pada bahagian luarnya, rata-rata netizen berkata pakaian Izara itu tidak sesuai dengan ibu mengandung selain ia kelihatan terlalu seksi.

izara aishah tidak pakai seluar izara aishah gender reveal baby shower izara aishah izara aishah

Izara mendirikan rumah tangga bersama Adib Khalid pada 17 November 2017 bakal menimang cahaya mata perempuan dan dijangka bersalin pada April nanti.

Kredit Foto : 712 Studios

January 23rd, 2018

Bulan Mac depan, penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza bakal menyambut kelahiran puteri sulungya yang sudah lama dinantikan.  Tidak seperti artis lain, Siti Nurhaliza bagaimanapun enggan mengadakan majlis “baby shower” buat anaknya tetapi cukup sekadar mendapat keberkatan dengan mengadakan majlis doa selamat.

Saya memang tidak ada perancangan untuk mengadakan sebarang majlis baby shower untuk menyambut kelahiran bayi sulung. Baru-baru saya dan suami ada membuat majlis doa selamat yang dihadiri keluarga, anak-anak tahfiz serta rakan terdekat sahaja.

Dalam pada itu, Siti Nurhaliza memberitahu beliau ada mencipta lagu untuk anaknya yang berjudul Comel Pipi Merah. Ia merupakan idea daripada lagu yang sering dinyanyikan oleh arwah bapanya untuk anak-anak serta cucu ketika kecil.

Tentunya majlis doa selamat adalah yang terbaik untuk mendapatkan segala keberkatan dan berdoa agar segalanya dipermudahkan untuk menyambut kelahiran insan baru di dunia ini.

Sumber Berita : mStar Online

November 10th, 2017

Hampir setiap pasangan selebriti yang bakal menimang cahaya mata akan mengadakan majlis baby shower bagi meraikan kelahiran anak mereka. Namun, buat Fizo Omar beliau tidak mahu mengikut trend tersebut dan sebaliknya ingin mengadakan majlis doa selamat secara sederhana.

Setiap individu mempunyai pandangan berbeza. Pada saya, sempena meraikan kehadiran cahaya mata pertama ini kami sepakat untuk mengadakan majlis kesyukuran dengan menjemput pelajar tahfiz dan ahli keluarga terdekat.

Menggambarkan suatu permulaan yang baharu buat bayi kelak, saya selesa majlis dilakukan secara sederhana. Selain itu, kami juga perlu membuat persiapan daripada segi mental dan penerimaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai ibu bapa.

Bakal menimang cahaya mata perempuan pada bulan Disember ini, Fizo dan isterinya, Mawar Karim juga tidak belanja berlebihan untuk membeli keperluan bayi mereka. Fizo mengutamakan kesihatan isteri dan bayi didalam kandungan.

Dalam pada itu, Fizo juga belum mempunyai sebarang perancangan untuk membuka akaun Instagram buat anaknya yang bakal dilahirkan nanti.

Kadang-kadang kita tidak perlu terlalu mengikut trend hanya untuk menarik perhatian ramai. Kami doakan agar Mawar dan bayi didalam kandungan sihat dan semoga proses bersalin nanti berjalan dengan lancar.

Sumber Berita : Kosmo Online

January 10th, 2017

Bakal bersalin anak sulungya bersama suami, Datuk Red sekitar bulan Mac depan, penyanyi Adira dikejutkan oleh kelab peminatnya apabila mereka menganjurkan majlis baby shower khas buat Adira pada petang  Ahad minggu lalu, di Hotel Royal, Kuala Lumpur.

Apa yang membuatkan Adira lebih terharu sehingga menitiskan air mata ialah ketika suaminya Datuk Red hadir membuat kejutan dan turut berduet bersamanya menyanyikan lagu Ombak Rindu.

Perasaan saya bercampur baur antara gembira, terharu dan terkejut. Tidak sangka setelah dikejutkan dengan majlis begini, saya diberikan satu lagi hadiah iaitu kehadiran suami dengan menyanyikan lagu duet Ombak Rindu.

Terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak yang menganjurkan majlis sempena menyambut bayi . Kelab peminat, pihak media dan pengurus menjadi tulang belakang membantu kerjaya seni saya. Saya mempunyai perancangan untuk mengadakan majlis sebegini, namun menunggu masa yang sesuai kerana usia kandungan baru tujuh bulan. Kalau ada sekalipun, doa kesyukuran yang akan diadakan di Sabah iaitu tempat kelahiran saya.

Bertuah Adira dan bayi yang bakal dilahirkan kerana diraikan dalam satu majlis yang cukup meriah. Malah, peminat mereka juga cukup teruja untuk menunggu cahaya mata Adira yang bakal dilahirkan dan mendoakan kesejahteraan Adira.

Jom kita lihat beberapa lagi foto sekitar majlis baby shower Adira dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Sumber Berita : BH ONLINE

Kredit Foto: s7even.studio