February 1st, 2010

facebook azwan ali

Biar betik. Nie standard ala-ala Dato’ Siti Nurhaliza nie. Betul ke Azwan Ali nie dibayar RM6,000 untuk satu lagu macam status Facebook dia tulis? Yang paling tak tahan tue untuk show pondan kat Johor Bahru. Banyak jugak ek duit pondan-pondan nie untuk bayar Azwan Ali.

Eh terlupa plak. Boleh ke si Azwan Ali nie menyanyi? Hohoho. Persoalan yang agak misteri di situ. Tapi korang jangan lupa yang Azwan Ali nie adalah salah seorang daripada blogger untuk Project Alpha Season 2.

P.S: Kata hari tue dah tinggalkan dunia pondan, apakah ini?

August 3rd, 2009

azwan ali

Sesungguhnya memang Azwan Ali nie hati kering tahap maksima. Selamba bagak jer dia panggil Adibah Noor tue sebagai b**i. Sungguh celaka manusia yang sebegini. Kalau nak kutuk pun, janganlah sampai tahap macam nie sekali. Ini dah tahap melampau punya kutukan nie.

Kalau korang baca Pancaindera semalam, Niezam ada tulis tentang seorang selebriti yang mengutuk Adibah Noor dengan panggilan nama binatang di atas. Selebriti tersebut tak lain tak bukan adalah Azwan Ali. Dalam blog Azwan Ali ada tulis mengenai kutukan nie. Tapi kami taknak share link blog dia. Sebab bagi kami blog dia tak sesuai dibaca oleh anda semua. Tak ada pekdah pun kalau gi baca blog Azwan Ali tue.

Dulu rasanya Azwan Ali nie tak adalah gile meroyan macam nie. Masa zaman kegemilangan dia jadi pengacara Muzik-Muzik, ok jer kami tengok dia nie. Tak adalah ala-ala lembut macam sekarang nie. Tak tau apa yang terjadi sampai dia meroyan macam sekarang nie. Lepas tue rancangan Cit Cat Bersama Azwan Ali tue sesungguhnya kami tak faham macam mana boleh bertahan sampai sekarang. Ada ke manusia yang menengok rancangan tak ada kualiti macam tue?

Apa-apa pun tindakan Azwan Ali mengutuk Adibah Noor dengan panggilan b**i memang sangat-sangat tak patut. Marilah kita beramai-ramai boikot mamat nie. Tulis la email kat TV3 ke, Utusan ke, media mana-mana ke cakap jangan amik Azwan Ali untuk apa-apa rancangan. Bagi dia rasa sikit.