Written by Bella | May 6th, 2018

Masih tidak terlambat lagi untuk kami ucapkan tahniah kepada bekas pembaca berita TV3, Azrinaz Mazhar Hakim yang sudah mengakhiri zaman jandanya apabila selamat diijabkabulkan dengan teman lamanya, Fairos Khan Abdul Hamid pada 1 Mei lalu.

Perkara tersebut diumumkan oleh Azrinaz sendiri menerusi akaun Instagramnya.  Azrinaz dan Fairos sudah saling mengenali sejak 20 tahun lalu dan mula benar-benar rapat setahun lalu.

Majlis pernikahan mereka diadakan secara tertutup di kediaman pengantin perempuan dan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja. Azrinaz mohon maaf kepada semua pihak kerana tidak berkongsi berita gembira itu lebih awal kerana mahu sedikit privasi dalam melayari bahtera rumah tangga.

Dengan pernikahan ini, saya berharap semua pihak berilah ruang untuk memahami naluri saya yang juga manusia biasa mempunyai kehendak dan perasaan. Izinkan saya untuk hidup berpasangan seperti kalian semua lengkap melengkapi meniti hari tua.

Dari lubuk hati, maaf dipohon, 10 jari disusun kerana berita ini tidak dikongsi dengan rakan-rakan media terlebih dahulu mahupun sahabat handai. Biarlah penyatuan ini selamat selesai semuanya sebelum hebahan tiada kena mengena semata-mata. Hubungan yang terjalin ini saya memilih cara lebih ‘privacy’ begitu juga dalam melayari alam rumahtangga nanti.

Terdahulu, Azrinaz pernah berkahwin dengan Sultan Brunei pada tahun 2005 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Pengiran Muda Abdul Wakeel, 12, dan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, 10.

Beberapa lagi foto sekitar majlis pernikahan Azrinaz dan pilihan hatinya Fairos dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Sumber Berita : Azrinaz Mazhar Hakim

Kredit Foto : Azrinaz Mazhar Hakim & NSTP

 
Written by Bella | March 9th, 2017

Wanita yang dikaitkan bercinta dengan Fattah Amin, Azrinaz Mazhar Hakim menyifatkan gosip percintaan antara beliau dan pelakon lelaki pujaan ramai itu sebagai satu berita yang mengarut. Azrinaz tertanya-tanya bagaimanakah cerita sebegini boleh tersebar luas dan mencetuskan pelbagai spekulasi sedangkan mereka sekadar berkawan sahaja.

Tidak dinafikan, Azrinaz sebenarnya agak bengang dan geram dengan netizen yang menyebarkan sesuatu berita tanpa usul periksa.

Maaf, saya tak pernah terfikir hubungan baik saya dengan Fattah akan mengheret ke berita seperti ini (bercinta). Saya tertanya-tanya kenapa berita sebegini disebarkan.

Berdiam diri lebih baik. Saya malas nak layan gosip-gosip tak betul macam ini. Takkan pula baru sekali berjumpa, ambil gambar bersama dah dianggap bercinta? Lagipun masa jumpa Fattah tempoh hari ada rakan-rakan yang lain juga.

Buat masa ini, Azrinaz masih lagi solo selepas putus cinta bersama personaliti fesyen terkenal Wak Doyok. Menurut Azrinaz, jika ada khabar gembira pasti beliau akan berkongsi dengan umum.

Sumber Berita : Utusan Online

Written by Bella | March 8th, 2017

Hujung minggu lalu, sebuah akhbar tempatan melaporkan pelakon Fattah Amin kini sedang rapat dengan seorang wanita berstatus VIP. Bermula daripada berita berkenaan, netizen mengaitkan nama Azrinaz Mazhar Hakim sebagai teman istimewa Fattah. Mereka dikatakan mula rapat setelah Neelofa mengesahkan hubungan percintaannya bersama Fattah sudah berakhir.

Terbaru, Fattah menerusi portal mStar Online menafikan beliau kini sedang bercinta dengan Azrinaz seperti yang digembar-gemburkan. Fattah menyifatkan setiap spekulasi mengenai dirinya dan Azrinaz adalah satu fitnah semata-mata.

Bagi saya ia merupakan satu fitnah yang dilemparkan sehingga tersebar di laman sosial. Saya terpanggil untuk membuat kenyataan ini kerana perkara ia tidak benar dan tidak pernah berlaku. Saya cuba mengambil langkah berdiam diri dan bertenang tetapi nampaknya cerita tidak berasas ini semakin berleluasa dan saya terpanggil untuk membetulkan keadaan.

Saya mohon jasa baik semua pihak supaya tidak memanjangkan perkara yang tidak berasas sehingga boleh jatuh sebagai fitnah. Secara tidak langsung ia akan mendatangkan kesan yang tidak baik kepada individu itu sendiri.

Fattah memberitahu Azrinaz sebenarnya hanya sekadar seorang pelanggan sahaja yang mengunjungi kafe miliknya iaitu Stalker Cafe bersama rakan-rakannya yang lain. Jadi, foto yang dimuat naik oleh Azrinaz di akaun Instagramnya itu tidak bermakna ia memberikan gambaran mereka sedang menjalinkan hubungan. Fattah berpendapat gosip percintaan itu timbul kerana beliau dan Azrinaz masih solo.

Mungkin isu ini timbul kerana saya pun masih tiada teman istimewa dan Azrinaz pun masih solo lagi. Saya mengharapkan sokongan dari peminat-peminat saya daripada sudut positif dan jangan mudah percaya dengan gosip seperti ini.

Harapnya dengan penjelasan ini tiadalah peminat Fattah yang salah faham ataupun mencetuskan sebarang spekulasi lagi.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | March 7th, 2017

Menerusi ruangan Cik Pang di Harian Metro pada hujung minggu lalu, beliau mengatakan Fattah Amin kini sedang rapat dengan seorang wanita VIP dan berstatus selebriti. Kedua-duanya mula rapat selepas Neelofa mengatakan beliau tidak lagi mempunyai sebarang hubungan dengan Fattah. Ramai yang tertanya siapakah identiti wanita berkenaan.

Tiba-tiba sahaja, nama Azrinaz Mazhar Hakim semalam menjadi sebutan ramai dan mereka mempercayai beliau adalah wanita yang kini sedang rapat dengan Fattah. Menguatkan lagi dakwaan berkenaan, Azrinaz ada memuat naik foto bersama Fattah di akaun Instagramnya pada bulan lepas.

Ruangan komen di foto berkenaan dibanjiri dengan pelbagai komen dan reaksi daripada peminat Fattah. Ada yang merasakan mereka sesuai bersama dan ada pula yang berfikiran mereka mungkin sekadar berkawan kerana jarak umur Fattah dan Azrinaz yang jauh.

Sehingga kini, Fattah juga masih berdiam diri mengenai gosip hangat ini. Namun, jika khabar angin ini benar, kami rasa apa salahnya untuk Fattah dan Azrinaz bercinta. Dua-dua pun solo dan jarak umur bukanlah satu masalah. Lihat sahaja Che Ta dan Zain, bahagia bukan? Hehe.. Yang penting adalah kasih sayang dan cinta.