July 26th, 2016

Apabila pelakon Azrel Ismail yang kini popular dengan drama Lelaki Macam Dia bertindak untuk mempertahankan Ruhainies berkaitan kes bersama Dato Red, ramai yang menyangka Azrel dan Ruhainies bercinta.

Walaubagaimanapun, Azrel menafikan perkara berkenaan dan menyifatkan hubungan mereka berdua tidak lebih daripada teman rapat.

Azrel menerusi sebuah portal berkata beliau yakin Ruhainies tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan Dato Red seperti yang dianggap oleh orang ramai.

Malah, Azrel juga memberitahu Ruhainies ada memberitahu beliau bahawa beliau akan keluar berjumpa dengan Dato Red.  Namun, Ruhainies tidak menjelaskan tujuan perjumpaan berkenaan kepada Azrel.

Mereka berkawan baik selepas kerap bergandingan sejak membintangi drama berjudul Si Montel, tahun lalu hingga kembali disatukan menerusi Menantu Tintong, yang kini disiarkan di TV3.

Sebagai kawan rapat, saya harap Ruhainies terus fokus kepada kerjaya seninya yang semakin berkembang. Dia kena lebih berhati-hati dan waspada dengan hal yang tidak terduga.

Untung Ruhainies mempunyai seorang kawan yang mengambil berat tentang dirinya. Ermm, berkawan tidak semestinya bercinta bukan? Lelaki dan perempuan juga boleh menjadi rakan karib yang boleh berkongsi apa sahaja tanpa perasaan cinta.

Sumber Berita : BH ONLINE