July 16th, 2020

Menzahirkan rasa kesal dengan sikap segelintir anggota Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang seolah-olah hilang pertimbangan nilai kemanusiaan ketika menjalankan tugas, pelakon Azhan Rani tampil bersuara berikutan hal berkenaan.

azhan rani pbt

Menurutnya, ketika berdepan dengan masalah masyarakat setempat, kuasa yang mereka ada dalam melaksanakan undang-undang sepatutnya digunakan dengan cara lebih berhemah.

“Aku terkesan apakah melaksanakan undang-undang memberikan lesen besar untuk kita menjadi biadap, kejam, hilang kesantunan terhadap orang tua dan golongan yang dikuatkuasakan dengan undang-undang ini.”

Ujar Azhan, beliau seakan mempersoalkan adakah undang-undang mampu menolak segala pertimbangan kemanusiaan yang ada dalam diri individu yang seharusnya bergelar manusia?

View this post on Instagram

A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani)

Tambah Azhan, video yang dikongsi tersbeut turut menyentuh hatinya selepas melihat cara layanan kasar beberapa anggota PBT terhadap seorang penjaja.

Sementara itu, Azhan juga yakin situasi tersebut mampu dikawal dengan sebaik mungkin andai diuruskan dengan cara yang lebih berhemah.

“Aku pasti mesti ada cerita sebenar antara penguatkuasa yang sampai sekasar itu terhadap pakcik tua tu. Mungkin saja provokasi pakcik tu atau kedegilan dia.”

azhan rani pbt

Bagaimanapun, beliau turut meminta agar mana-mana pihak berkuasa untuk memperhalusi cara mereka melaksanakan undang-undang tanpa mengenepikan nilai kemanusiaan.

“Asas untuk dihormati adalah menghormati, manakala kemanusiaan adalah naluri yang perlu sentiasa ada dalam diri yang membezakan kita dari haiwan atau sebarang mahkluk tuhan yang lebih keji.”

Azhan yang berkongsi pendapatannya di laman Instagram itu turut dihujani pelbagai reaksi daripada para pengikutnya. Malah wujud juga segelintir pihak yang menyokong kata-kata yang dikeluarkan oleh pelakon itu.