January 2nd, 2014

Selamat tahun baru 2014 Abang Nara ucapkan kepada semua pembaca BeautifulNara. Salah satu azam baru Abang Nara ialah tampil lebih bergaya dan menarik di khalayak ramai. Oleh itu, Abang Nara ingin kongsikan beberapa sebab mengapa kita (lelaki) juga harus pandai mengikuti perkembangan fesyen dan mempunyai penampilan menarik. Antara sebab-sebabnya ialah:-

  1. Penampilan yang kemas membawa aura positif. Lelaki yang mempunyai penampilan menarik mempunyai peratusan yang lebih tinggi untuk dihormati, dikenalpasti dan disegani orang lain.
  2. Bergaya menunjukkan kematangan kita sebagai lelaki
  3. Penampilan yang sesuai akan meningkatkan lagi keyakinan diri

Jangan ingat perempuan sahaja yang dihakimi menerusi penampilan dan cara pemakaian mereka. Lelaki pun sama juga. Malah ada kawan-kawan lelaki Abang Nara yang memang mengambil berat mengenai cara pemakaian mereka. Secara jujur, first impression Abang Nara terhadap mereka ialah “wow, smart juga member aku sorang nie”.

Abang Nara pasti ramai di antara anda yang anggap untuk mempunyai penampilan menarik perlu menggunakan wang yang banyak. Itu semua adalah tanggapan yang salah. Dengan nile.com.my, kita semua boleh tampil lebih bergaya pada harga yang sangat berbaloi. Abang Nara pun shopping kat sini jugak.

Jom tengok apa yang Abang Nara dah dan ingin beli di www.nile.com.my.

nile

Dari “straight cut” sehinggalah “slim fit”, banyak sangat pilihan jeans yang ada dijual di nile. Design yang ada pun smart-smart belaka dan banyak pilihan. Ada 100 lebih jeans dijual di sini dengan harga bermula pada RM44.40. Memang berbaloi kan?

nile

Jaket “hoodies” ini memang nampak poyo sedikit tapi kalau pakai di kala nak pergi tengok wayang memang stylo punya. Diperbuat daripada “cotton”, jaket ini juga boleh diguna kalau korang pergi bercuti ke Genting/Cameron Highlands. Guna masa bawa motor pergi kerja pun smart jugak. Harganya? Cuma RM30.90 sahaja. Kalau beli kat tempat lain boleh cecah RM86 nienie. Kiranya ada diskaun 55%. Murah kan?

nile

Ini salah satu baju kemeja kegemaran Abang Nara suka sebab ia adalah “slim fit”. Terserlah sikit badan “tough” Abang Nara.  Lagipun warna biru memang warna feveret diri ini. Kalau dating dengan wife pakai baju nie mesti smart gila. Murah pun murah. RM44.40 je.

nile

Kemeja dah ada, jeans dah ada, Polo T jangan dilupakan. Dengan hanya RM29, dah boleh dapat Polo T yang sempoi, selesa dan bergaya macam kat atas nie. Matchingkan pula dengan jeans yang baru dibeli. Jangan lupa untuk “tuck in”. Confirm kehenseman Abang Nara bertambah berkali ganda. Terbaik!!!

nile

Beg hitam ini  pasti akan menyerlah lagi gaya “professional” anda ketika pergi bekerja. Letakkan semua fail, buku nota dan alat tulis di dalamnya. Mudah dan pantas. Tak perlu nak kelam kabut dan nampak serabut. Harganya? Cuma RM49.90 sahaja.

nile

Kalau nak gaya yang ranggi sedikit, Abang Nara cadangkan beg ini. Boleh dibawa bersama ketika keluar bersama awek atau rakan-rakan. Tak pun kalau korang masih student, memang beg ini sangat sesuai. Muatkan semua buku di dalamnya. Abang Nara berani jamin pasti ada awek yang terkesima melihat kemachoan anda berjalan sambil menyingsing beg yang berharga RM41 ini.

Paling last sekali, jangan lupa untuk dapatkan seluar dalam untuk kecantikan dalaman kita. Ada 120 jenis design untuk dibuat pilihan bermula daripada RM9. Murah kan? Fashion boxer ada, fashion thong/jockstrap pun ada dan macam-macam lagilah.

Jadi tunggu apa lagi? Tahun baru marilah kita buat azam baru untuk tampil lebih smart, bergaya dan menarik bersama nile.com.my. Abang Nara yakin dengan penampilan terbaru ini, kita semua akan lebih yakin dan berkeyakinan tinggi di khalayak ramai.

Advertisement