May 23rd, 2017

Sedang hamil anak ketiga beliau bersama suami, Zaquan Adha, pelakon Ayu Raudhah berkongsi rasa terujanya yang bakal menimang cahaya mata perempuan tidak lama lagi. Ayu pada masa yang sama meluah rasa syukur kerana impian serta doa mereka suami isteri untuk mendapat anak perempuan sudah dimakbulkan.

Alhamdulillah menerusi imbasan yang dilakukan, doktor sudah beritahu kali ini saya mengandung anak perempuan. Zaquan juga sangat teruja kerana dia dah lama mengimpikan anak perempuan. Selain berdebar untuk bersalin, saya juga berdebar kerana tak tahu akan bersalin di mana lagi.

Sebab saya kena ikut jadual latihan Zaquan dan saya mungkin akan bersalin di Perak atau Kuala Lumpur atau Johor Bharu. Jadi sebagai persediaan saya sudah mendaftar ke hospital di ketiga-tiga buah negeri ini.

Ayu dan Zaquan mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011 di Alor Setar, Kedah. Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki, Muhammad Aisy Qaiser, 4, dan Muhammad Aisy Aryann, 3.

Sumber Berita : Media Hiburan 

Kredit Foto : Eddy Aidil

January 3rd, 2017

Ayu Raudhah baru-baru ini mengumumkan beliau sedang hamil anak ketiga bersama suaminya, Zaquan Adha. 

Mengakui merasa teruja kembali hamil, Ayu sempat meluahkan hasratnya untuk menimang cahaya mata perempuan kali ini. Sebelum ini Ayu dan suami dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Aisy Qaiser dan Aisy Aryann.

Memang kalau boleh mahukan anak perempuan pula bila melihat Aaisyah yang cukup senang dijaga itu membuatkan saya berharap agar jantina anak saya kali ini perempuan.

Selepas dua anak lelaki, jadi mahu merasa pula membesarkan anak perempuan. Saat ini kandungan saya sudah  masuk empat bulan.

Menurut Ayu, beliau dan suami tidak pernah merancang soal zuriat dan menyerahkan hal tersebut kepada ketentuan illahi serta rezeki. Untuk pengetahuan anda, berita kehamilan ini juga tidak pernah dijangka apatah lagi ketika  Ayu sedang sibuk menjalani penggambaran telemovie.

Kami berdua memang tidak pernah merancang, semuanya diserahkan kepada rezeki. Ketika tahu mengandung juga saya sedang sibuk dalam penggambaran sebuah telemovie. Memang ini suatu berita yang gembira sebenarnya.

Selepas kelahiran anak kedua tiga tahun lalu, rasanya ini waktu yang tepat untuk kami. Cuma memang saya rahsiakan dahulu dan kami mahu mengumumkan waktu yang sesuai tentang berita baik ini.

Teruskan berdoa, siapa tahu hasrat Ayu untuk menimang cahaya mata perempuan kali ini akan dimakbulkan Allah SWT?

Sumber Berita : Utusan Online

December 28th, 2016

Tahniah kami ucapkan kepada Ayu Raudhah dan suaminya, Zaquan Adha yang bakal menerima kehadiran ahli keluarga baharu tidak lama lagi selepas Ayu mengesahkan beliau kini sedang hamil cahaya mata ketiga.

Berita gembira itu diumumkan oleh Ayu sendiri melalui satu foto beliau bersama suami yang dimuat naik di akaun Instagramnya.

ayuraudhah_7Insyaallah Coming Soon..  #babybump #3rdedition #prayforbabygirl

Ramai peminat yang teruja dengan berita itu dan ruangan komen di Instagram Ayu dibanjiri dengan ucapan tahniah dan mendoakan kesihatan ibu dan bayi didalam kandungan.

Alhamdullillah, rezeki Ayu Raudhah dan Zaquan Adha untuk menambah lagi zuriat. Semoga proses kehamilan dan bersalin nanti berjalan dengan lancar.

April 26th, 2016

Baru-baru ini, rumah pasangan selebriti Zaquan Adha dan Ayu Raudhah telah dipecah masuk buat kali ketiga dan mereka mengalami kerugian mencecah RM200,000.

Zaquan menerusi portal Media Hiburan tidak menolak kemungkinan bahawa rumah mereka sudah lama diperhatikan apabila beliau sebelum ini pernah “share location” melalui aplikasi WhatsApp untuk mengadakan majlis rumah terbuka dan menerima kehadiran daripada beberapa orang yang mereka tidak kenali.

Ia bermula sewaktu kami mengadakan majlis rumah terbuka.  Seperti orang lain, kami pun share location rumah supaya tetamu senang sampai.  Tak sangka pula jadi viral sampai ada tetamu yang tak kenal pun datang.  Selain itu, rumah kami memang sudah ‘diperhatikan’.  Pengawal rumah ada, cuma mereka bertugas pada waktu malam sahaja.

Antara barang mereka yang hilang ialah 15 beg tangan milik Ayu  yang berjenama Dior, Prada, Chanel, Louis Vuitton serta jam tangan Rolex dan New Balance milik Zaquan.

Payung skt muka brader hensem yg suka masuk rmh org buat kerja amal ni…tg nasib kau syaitooonnnn???

A video posted by zaquan adha (@zaqone_08) on

Hari ni hari korang…habis semua barang rmh aku kau kebas…alhamdulillah..sesungguhnye ini ujian mu???

A video posted by zaquan adha (@zaqone_08) on

Zaquan sempat memuat naik video di akaun Instagram miliknya yang dirakam oleh CCTV.  Ia menunjukkan pencuri tersebut masuk dengan memanjat pagar rumahnya.

Mungkin selepas ini Zaquan Adha dan Ayu Raudhah boleh menggunakan sistem keselamatan yang lebih baik jika tidak mahu pindah daripada kawasan perumahan terbabit. Anggaplah ini sebagai ujian Allah SWT dan mungkin ada rezeki yang lebih lagi buat anda berdua selepas ini.

Sumber Berita : Media Hiburan