August 15th, 2012

Susulan entri sebelum ini tentang penghijrahan Ayu Raudhah yang tampil dengan imej bertudung, Media Hiburan telah pun mendapatkan pengesahan daripada tuan punya badan mengenai hal ini. Ternyata berita baik ini memang benar dan sahih.

ayu raudhah bertudung

Menurut Ayu, dia memang sudah lama teringin untuk bertudung namun hatinya terbuka selepas pulang daripada mengerjakan umrah baru-baru ini. Kata Ayu:-

Alhamdulillah, saya selesa dengan penampilan terbaru ini. Kehidupan saya seperti biasa dan tiada bezanya. Suami pula suka dan menyokong perubahan saya ini.

Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Ayu Raudhah atas penghijrahan ini. Semoga dengan penghijrahan ini rezeki Ayu akan dimurahkan. Tahniah sekali lagi.

August 15th, 2012

Berita baik ini masih belum disahkan oleh tuan punya badan. Namun menurut Kosmo Ahad semalam, selain daripada Shila Amzah dan Nurul Syuhada, Ayu Raudhah turut dikatakan telah berhijrah dan memakai tudung sekarang. Menurut Diva, penulis cerita ini, Ayu Raudhah meminta agar disediakan tudung untuk tujuan fotografi kerana dia sudah pun berhijab.

ayu raudhah bertudung

Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Ayu Raudhah sekiranya berita ini adalah benar. Kepada suami Ayu iaitu Zaquan, tahniah juga Abang Nara ucapkan kerana penghijrahan isteri anda. Nampaknya semakin hari semakin ramai selebriti wanita yang berhijrah. Semoga trend ini dapat diteruskan di masa hadapan. Sama-sama kita doakan.