September 5th, 2012

Sekali imbas wajah Zaquan Adha ini macam suami Irma Hasmie pulak. Ke mata Abang Nara yang rabun? Namun itu semua tidak penting kerana Ayu Raudhah tampil cantik berseri dengan imej bertudung menghiasi muka depan majalah Media Hiburan yang terbaru.

ayu raudhah tudung

Abang Nara suka gaya hijab Ayu Raudhah yang memang sangat sesuai dengan ciri gadis Melayu. Diharap Ayu kekalkan pemakaian tudung yang sebegini dan tidak menjadi mangsa fesyen seperti sesetengah selebriti lain. Apa pun yang penting Zaquan Adha makin menyayangi Ayu selepas isterinya berhijab. Semoga penghijrahan ini akan memurahkan lagi rezeki mereka berdua.

August 15th, 2012

Menarik juga kisah penghijrahan Ayu Raudhah yang telah bertudung baru-baru ini. Selama ini Ayu sering diberikan watak baik dan bertudung di dalam drama lakonannya. Ternyata watak tersebut memberikan impak yang sangat besar kepada Ayu dalam membuat keputusan untuk berhijrah sepenuhnya.

dialog

Berkata kepada portal Murai, Ayu memberitahu yang dialog-dialog yang dilontarkan di dalam drama turut memberi kesedaran kepada dirinya.

Sebenarnya sudah lama tertanya-tanya pada diri sendiri, bila agaknya saya hendak bertudung tetapi semakin mendekati ramadan ini hati saya semakin kuat untuk berhijrah. Malah, saya akui dialog dan watak saya sebagai seorang wanita muslim solehah yang berhijab penuh ketika berlakon telah membuatkan diri saya sendiri tersedar untuk berubah seperti watak tersebut. Kadang-kadang dialog-dialog yang saya sampaikan mengenai Islam di dalam drama itu bukan sahaja menyedarkan penonton, malah diri saya sendiri untuk berubah.

Siapa sangka daripada dialog-dialog sahaja hati Ayu Raudhah terbuka untuk bertudung. Malah, suami Ayu, Zaquan yang pada mulanya terkejut ternyata sangat gembira dengan perubahan ini. Kepada Ayu, semoga rezeki anda dimurahkan lagi selepas berhijrah ini. Tahniah sekali lagi kepada Ayu atas perubahan ini.

August 15th, 2012

Berita baik ini masih belum disahkan oleh tuan punya badan. Namun menurut Kosmo Ahad semalam, selain daripada Shila Amzah dan Nurul Syuhada, Ayu Raudhah turut dikatakan telah berhijrah dan memakai tudung sekarang. Menurut Diva, penulis cerita ini, Ayu Raudhah meminta agar disediakan tudung untuk tujuan fotografi kerana dia sudah pun berhijab.

ayu raudhah bertudung

Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Ayu Raudhah sekiranya berita ini adalah benar. Kepada suami Ayu iaitu Zaquan, tahniah juga Abang Nara ucapkan kerana penghijrahan isteri anda. Nampaknya semakin hari semakin ramai selebriti wanita yang berhijrah. Semoga trend ini dapat diteruskan di masa hadapan. Sama-sama kita doakan.