June 18th, 2014

Macam-macam jenis dugaan dan rintangan yang bakal dihadapi apabila mendirikan rumah tangga. Ada yang diuji dengan lambat hamil, ada yang diuji dengan kewujudan orang ketiga dan ada yang diuji dengan fitnah seperti yang dialami oleh pasangan suami isteri Ayu Raudhah dan Zaquan Adha. Apa yang penting ialah kepercayaan terhadap pasangan masing-masing ketika dugaan sebegini hadir menjelma.

ayu raudhah

Apa yang menariknya ialah Ayu Raudhah telah mengetahui terlebih dahulu mengenai paparan skrin perbualan suaminya dengan seorang wanita sebelum ia menjadi kontroversi di Internet. Kata Ayu:-

Saya yakin dengan beliau (Zaquan) 100 peratus. Ikutkan saya sudah menerima emel menghantar skrin perbualan berkenaan sehari sebelum cerita ini menjadi panas. Awalnya saya malas nak ambil peduli dan tak sangka pula ia menjadi bertambah besar selepas itu.

Masa saya dapat emel berkenaan, saya sudah boleh rasakan ada pihak yang cuba sabotaj rumah tangga kami. Saya sendiri tahu identiti akaun WeChat Zaquan dan ia berbeza seperti apa yang diemelkan. Timbul bermacam-macam pula identiti akaun WeChat yang kononnya di bawah nama Zaquan.

Saya masih bahagia. Yang penting saya dengan suami okey dan tahu perkara sebenar. Ayu sudah mula faham permainan sebegini. Di rumah, Zaquan suami Ayu dan di luar Ayu tahu Zaquan mempunyai ramai peminat.

Memang ada peminat yang menghantar mesej kepadanya bertanya perkembangan bola sepak. Selalu Zaquan akan tunjukkan kepada saya mesej itu. Tak jadi masalah pun dan Ayu faham senario ada peminat yang meminatinya. Saya dalam dunia lakonan pun ada yang meminati saya. Itu normal.

ayu dan zaquan

Betul kata-kata Ayu Raudhah itu. Inilah sikap yang harus ada pada setiap pasangan suami isteri. Jangan dengar cakap orang lain, jangan dengar khabar angin dan paling penting, percaya antara satu sama lain. Jangan sembarangan nak mengamuk tak tentu pasal. Kena siasat dan bincang bersama-sama terlebih dahulu. Tak gitu? Kepada yang mendengki itu, hentikanlah saja perbuatan anda. Biarlah Zaquan dan Ayu terus bahagia. Tak perlu nak musnahkan perkahwinan orang lain. Tak boleh ke tumpang gembira tengok orang lain bahagia?

P.S: Tiada perlindungan buat Mercedes

June 10th, 2014

Walaupun belum diketahui kebenarannya, sedikit sebanyak kontroversi yang melanda Ayu Raudhah dan Zaquan Adha sejak semalam telah menjejaskan reputasi mereka berdua. Iyerlah, secara mata kasarnya, Ayu Raudhah dah cun melecun, menawan jelita dan tak masuk akal untuk dicurangi. Rasanya ramai lelaki di luar sana yang berputih mata apabila Zaquan berjaya menjadikan Ayu isterinya. Tak gitu?

ayu raudhah

Namun apabila kontroversi ini berlaku, macam-macam komen yang telah diterima oleh Ayu Raudhah menerusi akaun Instagramnya. Sedikit sebanyak buruk juga nama pelakon ini. Kata Ayu menerusi Mstar Online:-

Di Instagram milik saya, ada orang memberi komen yang antaranya seperti, ‘kesian, muka cantik pun suami cari lain’. Gosip ini sedikit sebanyak memburukkan reputasi kami. Mujurlah saya seorang yang berfikiran waras dan tidak terburu-buru apabila mendapat tahu gosip ini

ayu raudhah
Tak apalah Ayu. Reputasi suatu hari nanti boleh pulih kembali. Yang penting rumahtangga anda berdua kena dipastikan tidak goyah kerana kontroversi sebegini. Anda lebih mengenali suami anda, jangan dengar dan percaya cakap orang lain. Mereka tidak tahu apa yang telah anda berdua lalui selama ini. Teruskan percaya pada suami dan teruskan bertabah dengan dugaan ini.