November 13th, 2015

Apabila kedua-dua Zul Ariffin dan Zahirah Macwilson mengakui mereka mempunyai hubungan yang masih baru berputik, Ayda Jebat sering dikaitkan dengan cerita mereka. Khabarnya, peminat Ayda tidak puas hati Zul memilih Zahirah berbanding Ayda. Justeru, sesetengah peminta Ayda dilaporkan telah menyuarakan ketidakpuasan hati mereka di Instagram Zahirah Macwilson.
 photo zulayda.jpg
Melalui laporan Kosmo!, Ayda bagaimanapun menyatakan semua itu tidak kena-mengena dengan dirinya. Kata Ayda:

Saya tidak mahu mengulas lanjut tentang hal itu kerana ia tiada kena-mengena dengan diri saya. Saya dan Zul hanya mesra di set penggambaran. Malah di luar set ketika sedang melepak, kami bergurau kasar dengan membahasakan diri masing-masing sebagai ‘aku dan kau’.

Dia juga menyatakan yang dia tidak ada hak menghalang Zul dari menjalin hubungan cinta dengan sesiapa.

Tidak langsung (ketawa). Dengan siapa Zul mahu menjalin hubungan, itu adalah hak peribadi dia. Saya bukan siapa-siapa untuk menghalang dia. Ingin ditegaskan, saya dan dia hanya rakan sekerja. Tidak lebih daripada itu.


Malah, Ayda mendoakan yang terbaik buat Zul Ariffin:

Bagi saya, dia bebas untuk melakukan apa yang dirasakan baik untuk dirinya. Saya tiada hak untuk memberikan nasihat kepadanya. Saya doakan yang baik-baik sahaja kerana sebagai rakan dapat merasakan dia letih dengan segala tohmahan tentang status perhubungannya. Selain itu, saya profesional ketika melakukan kerja dan yakin dia juga begitu.

Berkenaan isu memakai baju pengantin Lana Nodin unutk penggambaran iklan, Ayda enggan memanjangkan isu bagaimanapun meminta maaf sekiranya terdapat kesalahan di pihaknya.

Ya, saya memang pakai baju yang pernah dia (Lana) pakai sebelum ini dan ia adalah baju tajaan. Kalau boleh saya tidak mahu komen lanjut. Kalau saya salah, saya minta maaf. Itu sahaja. Saya tidak mahu panjangkan isu tersebut.

Diharap peminat Ayda yang tidak berpuas hati dengan pilihan Zul Ariffin agar bersabar. Buat masa ini, mungkin jodoh Zul Ariffin dengan Ayda masih belum sampai. Jika ada jodoh dan diizinkan tuhan, takkan ke mana, ya tak?

Jom saksikan bangsawan “Sumpahan Nujum Perawan” pada 13, 14, dan 15 November ini di Auditorium DBKL, Kuala Lumpur mulai…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Tuesday, 10 November 2015