July 25th, 2015

Pernah dilabel sebagai seorang yang gedik, Ayda Jebat kini sekali lagi dihimpit kontroversi apabila timbul dakwaan beliau sedang menjalinkan hubungan dengan aktor berbadan sasa Zul Ariffin kerana sering dilihat mesra bersama jejaka tersebut.

Walaubagaimanapun, Ayda menyatakan buat masa ini beliau masih lagi solo dan tidak menjalinkan hubungan istimewa dengan mana-mana lelaki. Buat heroin drama bersiri M.A.I.D itu, beliau anggap segala gosip berkaitan dengannya sudah menjadi asam garam dalam dunia lakonan.

Saya masih solo. Belum terikat dengan mana-mana lelaki. Saya percaya gosip dengan Zul Ariffin hanya usikan yang menjadi resam dunia lakonan apabila gandingan pelakon itu dilihat menjadi. Saya tahu status dirinya sudah berpunya.

Jadi tak timbul soal saya nak ‘caras’ buah hati orang lain. Semua yang dilakukan atas pakai kerja. Apa yang saya lakukan bukanlah sengaja menyakiti hati sesiapa. Semuanya sekadar mempromosikan kerjasama terbaharu kami menerusi drama rantaian MAID.

Mungkin sudah sering bergandingan bersama Zul Ariffin dalam beberapa buah drama, peminat sudah mula terpikat dengan lakonan mesra mereka. Namun, harus diingatkan bahawa Zul juga sudah mempunyai kekasih hati dan tidak mungkin pasangan ini akan bersatu di alam realiti. Sudahlah, jangan terbawa-bawa sangat emosi dalam drama tu cik Esah oii..

Sumber Berita: BH PLUS

 

July 10th, 2015

Susulan daripada pekeliling baru yang dikeluarkan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) yang mengarahkan agar adegan peluk dan cium didalam drama di televisyen di potong, timbul pula beberapa pihak mengkritik adegan panas yang dilakonkan oleh Ayda Jebat dan Zul Ariffin dalam drama M.A.I.D.

Babak tersebut menunjukkan Ayda Jebat dan Zul Ariffin baring rapat mengiring sambil tangan lelaki itu merangkul pinggang Ayda. Apabila Ayda cuba beralih, Zul segera menarik badannya sehingga tersentuh bahagian-bahagian yang tidak sepatutnya.

Penonton rata-rata mempersoalkan mengapa babak seperti itu harus ditonjolkan dan menyifatkan  adegan berpelukan di atas katil amat tidak sesuai untuk dimainkan di kaca televisyen kerana ia mungkin boleh merosak  minda anak muda kita.

Pada pendapat kami, meskipun Ayda Jebat dan Zul Ariffin memainkan watak sebagai suami isteri didalam drama araham Michael Ang itu, ia tidak memberikan mereka lampu hijau untuk beraksi sedemikian kerana mereka tetap tidak mempunyai ikatan yang sah.

Aksi tersebut sepatutnya dipotong sebelum ditayangkan kepada umum lebih-lebih lagi kita berada didalam bulan Ramadhan.

Apa-apa pun kita tunggu sahaja jawapan balas daripada pengarahnya mengenai isu tersebut. Nasib baiklah sudah ada pekeliling baru.