June 14th, 2013

Membaca berita sukan semalam membuatkan Abang Nara terasa sangat kecewa. Bukan apa, pemain sayap kanan Malaysia, Wan Zack Haikal dilaporkan bakal pulang ke Malaysia pada musim hadapan. Untuk makluman, Wan Zack sekarang bermain di Jepun di bawah kelab Ryukyu FC.
wan zack haikalWalaupun berita ini belum disahkan sepenuhnya lagi, dilaporkan ada kelab Liga Malaysia yang sanggup membeli Wan Zack daripada Ryukyu FC.  Malah ada pihak yang mengaitkan kepulangan ini dengan kekasih Wan Zack Haikal iaitu penyanyi Zzati. Namun Zzati segera menafikan dirinya menjadi punca.
zzatiKata Zzati kepada Mstar Online:-

Perkara ini belum sahih lagi sama ada di pulang atau tidak kerana belum ada kenyataan rasmi daripada mana-mana pihak lagi. Jika peminat kecewa dia pulang, saya sudah tentu lebih kecewa kerana saya juga ingin lihat dia bina kerjaya dan berjaya pada peringkat antarabangsa. Saya faham dengan kerjayanya sebagai pemain bola sepak malah sentiasa beri semangat untuk dia terus bertahan di negara Matahari Terbit itu

zzati wan zak
Bagus betul si Zzati ini. Kekasih macam inilah yang kita mahukan. Abang Nara makin terharu apabila mengetahui kesudian Zzati untuk terbang ke Jepun demi memberikan semangat kepada kekasihnya. Kata Zzati lagi:-

Saya rasa tidak ada sebarang masalah komunikasi antara kami sebab teknologi perhubungan sudah semakin canggih. Kalau ingin melepaskan rindu kami boleh buat panggilan video sahaja, tidak seperti zaman dahulu yang tiada kemudahan seperti sekarang ini. Sekarang dia cedera dan tidak boleh beraksi, saya harap dia bersabar dan teruskan perjuangan di sana kerana semua masyarakat dan peminat bola sepak ingin melihat dia mengharumkan nama negara. Insya-Allah, saya akan ke Jepun kalau diperlukan untuk beri semangat kepada dia

Kepada Wan Zack, tabahkan diri anda. Cekalkan hati. Kuatkan semangat. Jangan rindu budu, belacan atau nasi lemak. Banyakkan belajar dan tingkatkan mutu permainan sebelum kembali ke Malaysia. Dulu rasanya Wan Zack dah berjanji taknak pulang awal. Jadi kotakan janji tersebut. Jangan hangat-hangat tahi ayam sahaja. Come on Wan Zack!!!

December 1st, 2012

Selepas Khairul Fahmi (Apek) dan Nazmi Faiz mencipta nama di Piala Suzuki AFF 2010, tahun 2012 menyaksikan bersinarnya bintang Wan Zack Haikal. Dilahirkan pada 28 Januari 1991 (21 tahun) di Kuala Lumpur, Wan Zack Haikal Bin Wan Noor merupakan pemain terbaik Liga Singapura pada tahun 2012.

wan zack haikal

Ketampanan wajah Wan Zack Haikal yang diibaratkan seperti Randy Pangalila mula mencuri perhatian gadis-gadis apabila menunjukkan mutu permainan yang sangat tinggi ketika Malaysia membelasah Laos 4-1. Sebentar tadi di dalam perlawanan menentang Indonesia, Wan Zack yang bermain di “right wing” telah menunjukkan persefahaman yang sangat baik dengan Mahali untuk membantu Harimau Malaya membenam Garuda 2-0.

wan zack haikal

Kepada gadis-gadis yang menaruh hati kepada Wan Zack, dinasihatkan supaya melupakan hasrat tersebut. Khabarnya hati jejaka tampan ini telah pun dicuri oleh seorang gadis. Mereka berdua memang sama cantik dan sama padan. Tak perlu jeles-jeles. Doakan sahaja kebahagiaan mereka.

wan zack haikal

Semoga Wan Zack akan meneruskan aksi cemerlangnya di perlawanan separuh akhir menentang Thailand kelak. Abang Nara percaya kehebatan Wan Zack akan dapat menarik minat kelab-kelab Eropah suatu hari nanti seperti yang telah dialami oleh Nazmi Faiz. Semoga bintang Wan Zack akan terus bersinar. Info Liyanaa.com.