Written by AbangNara | March 25th, 2013

Sepanjang 6 tahun Abang Nara belajar di Korea, seorang awek Korea gagal dingorat oleh diri ini. Kemungkinan besar puncanya ialah wajah Abang Nara tidak sekacak Jehan Miskin. Semalam menerusi BiPop, dilaporkan bahawa Jehan Miskin bakal bernikah dengan seorang gadis Korea tidak lama lagi.

jehan miskin

Jehan sebelum ini pernah bercinta dengan Jue Aziz namun putus di pertengahan jalan pada tahun 2008. Jehan baru-baru ini memberitahu yang dia akan berkongsi berita mengenai perkahwinannya kerana ia masih di peringkat perbincangan. Namun menurut Raja Nurfatimah Mawar yang menulis artikel tersebut, perkahwinan Jehan bakal diadakan secara tertutup.

jehan miskin

Kalau benarlah Jehan akan menyunting gadis Korea untuk dijadikan suri rumahnya, jutaan tahniah diucapkan. Nampaknya Jehan kena belajar makan kimchilah selepas ini. Semoga segala usaha Jehan ke arah perkahwinan akan dipermudahkan. Sama-samalah kita doakan.

jehan miskinP.S: Produk terbaru yang kini boleh didapati di Facebook CantikNara. Zarra Beauty Skin Solution merupakan gabungan pure collagen, vitamin c, gluthatione dan gluta-C yang akan memberikan kesan maksima kepada kecantikan kulit anda. Tempah sekarang dengan menghantar email ke [email protected] atau SMS/Whatsapp ke 013-594-7061.

Written by AbangNara | May 11th, 2009

jehan miskin

Asyik-asyik layan gambar artis wanita Malaysia je mesti naik muak jugak kan? Jadi kali ini buat pembaca-pembaca blog wanita, kami paparkan gambar seorang pelakon yang tak akan kaya-kaya iaitu Jehan Miskin.

Sukar nak cakap sama ada Jehan Miskin ini memang hensem atau perasan hensem. Sekali tengok macam gigi dia agak jongang sikit. Dua kali tengok nampak macam lelaki Melayu terakhir pun ada gak.

Korang layan ajerlah 12 gambar-gambar Jehan Miskin dengan aksi perasan hensemnya. Sila baca artikel ini sepenuhnya untuk lihat lagi gambar Jehan Miskin.