Written by AbangNara | August 20th, 2013

Nampak sangat tiada berita lebih menarik yang boleh Abang Nara kongsikan sehingga kisah Mamat ada kekasih pun dikongsikan di sini. Bekas ahli kumpulan Sepah ini satu ketika pernah dihimpit kontroversi apabila percintaannya dengan Fida berakhir. Memang hangat juga ketika itu.
awek mamat sepah

Syafiqah merupakan seorang pelajar jurusan Ijazah Sarjana Perdangangan Antarabangsa di MSU, Shah Alam. Umur Syafiqah pun masih muda iaitu 23 tahun. Menarik juga kisah pertemuan mereka berdua. Kata Mamat:-

Saya jumpa dia (Syafiqah) dekat JPO. Masa tu dia kerja di sana. Tapi ketika mula-mula kami berkawan dia tak kenal tak tahu pun yang saya ni artis. Dia pun yang tak berapa kisah sangat tau dengan saya. Macam, kami tak selalu nak telefon atau excited nak jumpa saya. Jadi itu yang saya rasa menarik tentang dia ni.

Alhamdulillah, dia terima saya seadanya dan tahu tentang kontroversi-kontroversi saya. Kami pun dah berkenalan dengan keluarga masing-masing. Kami serius tapi untuk satu ikatan seperti bertunang atau berkahwin, buat masa ini belum lagi. Saya tak terkejar-kejar sebab saya nak dia habiskan pengajian dia dulu.

Saya pun berdoa, kalau boleh dia yang terakhir dalam hidup saya. Saya berharap peminat semua dapat doakan hubungan kami berkekalan. InsyaAllah kalau ada jodoh an tiba masanya nanti, saya beritahu

awek mamat sepahSemoga hubungan Mamat dan Syafiqah akan berakhir di jinjang pelamin suatu hari nanti. Apa pun, Mamat kenalah sabar lebih sikit kerana kekasihnya masih belajar. Belajar daripada kesilapan dahulu dan pastinya hubungan kali ini akan lebih berjaya.

gluta cellP.S: Tampil cantik menawan dengan GlutaCell.Terbukti berkesan dalam masa hanya 14 hari. Kulit lebih cerah dan anjal. Harga mampu milik. Jom cuba sekarang, layari www.azaleadenaturale.com untuk maklumat lanjut.