January 23rd, 2015

Memang pilihan yang tepat. Jutaan tahniah diucapkan kepada Nur Fathia Latiff kerana telah dilantik sebagai duta terbaharu untuk produk wangian Avon. Memang sesuai sangat-sangat perlantikan ini. Abang Nara tengok Fathia dari kejauhan pun dah terbau kewangian yang amat. Jelita pun jelita. Memang Fathia dan Avon saling melengkapi antara satu sama lain.

avon

Fathia tampil begitu menawan sekali di majlis perlantikan dirinya sebagai duta wangian Avon. Tambah menarik apabila Fathia turut menyanyikan sebuah lagu. Kalau tak silap, ini adalah lagu ‘single’ milik Fathia. Makin maju nampaknya kekasih Aiman Hakim ini. Lepas jadi pelakon, jadi penyanyi pulak. Good luck!!!

avon

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Fathia atas perlantikan ini. Semoga makin murah rezeki anda. Lagi beberapa gambar sekitar majlis ini dengan membaca artikel sepenuhnya.

P.S: Mazda 2 2015 dilancarkan dengan harga RM87,956

avon

avon
avon
avon
avon
avon
avon
avon

January 29th, 2014

Tahun 2014 nampaknya bermula baik untuk pelakon jelita, Nur Fazura. Setelah filem lakonannya, Kami Histeria ditayangkan di pawagam, Fazura kini dilantik sebagai duta produk Avon Color. Memang satu gandingan yang sangat sesuai pada pandangan Abang Nara. Pastinya produk kosmetik Avon Color akan menyerlahkan lagi kejelitaan Fazura.

nur fazura avon color

Sempena perlantikan ini, Avon telah melancarkan Ultra Color Absolute Lipstick. Lipstik terbaru ini akan mula dijual di pasaran pada 16 Februari ini pada harga RM19.90. Turut sama dilancarkan peraduan “Crazy for Lipsticks Scratch & Win” dengan hadiah utamanya ialah sebuah Perodua Viva S.
nur fazura avon color

Tahniah diucapkan kepada Nur Fazura atas perlantikan ini. Semoga semakin dimurahkan rezeki sepanjang tahun 2014. Untuk informasi lanjut mengenai Avon, sila layari www.my.avon.com. 2 lagi gambar sekitar majlis perlantikan Fazura sebagai duta produk Avon Color dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Dokumentasi 39 hari terakhir seorang pesakit kanser

nur fazura avon colornur fazura avon color

March 17th, 2011

nurul syuhada fazura

Kalau diberi pilihan antara Fazura dan Nurul Syuhada, Abang Nara akan terkedu dan tak tahu nak pilih mana satu. Kedua-duanya cantik, comel dan elegan. Sukar nak buat pilihan. Tapi dengar dengar ceritanya Nurul Syuhada akan berkahwin tak lama lagi. Tunggu masa sahaja nak buat pengumuman pasal tarikh kahwinnya kepada media. So terpaksalah Abang Nara pilih Fazura (gurau-gurau je nie korang jangan serius pulak).

Baru-baru ini Fazura dan Nurul Syuhada telah berada di majlis 125 tahun produk Avon. Suka sangat dengan cara pemakaian Fazura sekarang. Elegan. Nurul Syuhada pun apa kurangnya. Nampak sangat-sangat profesional. Tak perlu nak pakai belah sana belah sini tapi still maintain cantik.

Kalau anda pengguna Avon, mungkin anda nak LIKE Facebook Avon Malaysia untuk mengetahui perkembangan terbaru produk mereka. Lagi gambar Nurul Syuhada dan Fazura dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada RunWitMe.

nurul syuhada fazura

nurul syuhada fazura

nurul syuhada fazura

nurul syuhada fazura

nurul syuhada fazura