September 3rd, 2020

Pelakon baru, Atiq Azman yang terkenal dengan watak Amirul dalam drama rangkaian Nur dilaporkan telah terlibat dalam kemalangan jalan raya baru-baru ini.

Atiq Azman atau nama sebenarnya Raja Muhd Atiqullah Shah,18, telah berkongsi mengenai peristiwa tersebut menerusi laman instagramnya, semalam.

Menerusi kaspyen video yang dimuat naik olehnya itu, Atiq dilaporkan telah terjatuh daripada motosikal setelah melalui kawasan berpasir sebelum hilang kawalan Kemalangan tersebut dipercayai telah berlaku di kawasan Genting Highland.


Dalam pada itu, Atiq turut memberitahu di ruangan Instastory bahawa dia telah mengalami kecederaan di dagu, tangan kiri dan luka teruk di bahagian peha sehingga menampakkan isi daging.

Peminat dan rakan artis dilihat telah membanjiri ruangan komen entri berkenaan dan mendoakan supaya Atiq Azman cepat sembuh dan pulih sepenuhnya.

Semoga cepat sembuh diucapkan kepada Atiq Azman!