December 1st, 2014

Semalam telah berlangsung majlis resepsi perkahwinan penyanyi Atilia Haron, 40, dengan suaminya, Adam Sofian Mazlan, 37, di Dewan Wisma Perkasa Mindef, Kuala Lumpur. Kedua pengantin mengenakan busana pengantin rekaan Rico Rinaldi. Kira-kira 800 orang tetamu telah hadir ke majlis tersebut. Menurut mStar Online, Atilia telah membeli berbungkus-bungkus alat penguji kehamilan dan tidak sabar untuk menimang cahaya mata. Atilia juga memberitahu dia kepingin dua pasang anak kembar jika diberi rezeki.


 photo 1512184_10153501543219240_1378925644806648490_o.jpg
Set gambar ini ialah dari jurugambar rasmi, REDPhotography. Lagi lapan gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.


 photo 885502_10153501544539240_7207805651443735704_o.jpg
 photo 905529_10153501547104240_688419432048530968_o.jpg
 photo 10478995_10153501543644240_524420970545740175_o.jpg
 photo 10562586_10153501545279240_3243566337342783661_o.jpg
 photo 10562742_10153501544094240_4352387373489983414_o.jpg
 photo 10682216_10153501547344240_7161146419301573925_o.jpg
 photo 10750121_10153501543874240_3049040683895797436_o.jpg
 photo 10827895_10153501546149240_528195609163124429_o.jpg

September 11th, 2014

JOM KURUS? Ya, Fara Fauzana, Atilia dan 50 orang teamleader bekerjasama dengan Kevin Zahri dalam membantu semua rakyat 1 Malaysia mengurangkan berat badan dan menjalankan aktiviti sihat. JOM KURUS 1 MALAYSIA (JK1M) adalah cabaran kurangkan berat badan yang berlangsung selama 6 minggu di seluruh Malaysia. Ini adalah musim ke3 dan akan bermula 13 September 2014.
jk1m

JK1M adalah aktiviti senaman bersama-sama selama 6 minggu, setiap kawasan akan anjurkan aktiviti kecergasan seperti bootcamp, aerobik, futsal, senaman gym dan lain-lain bersama peserta yang mempunyai hasrat dan matlamat yang sama. Aktiviti berkumpulan biasanya cuma pada hujung minggu sahaja. Anda tidak perlu berhenti kerja atau terkurung di lokasi khas. Menarik bukan?

Selain aktiviti peserta juga akan menerima pakej pembelajaran eBook dan Video KEVIN ZAHRI yang Bernilai RM100 dan seminar Jom Kurus bersama Kevin Zahri secara percuma.

jk1m

Untuk cabaran 6 minggu ini, akan ada pemenang kawasan dan juga pemenang  keseluruhan 1Malaysia untuk kategori lelaki dan perempuan bernilai sehingga RM5000 wang tunai.

Pelbagai kisah kejayaan.

Pelbagai kisah kejayaan peserta JK1M pada musim pertama dan kedua yang hendak kami kongsikan kepada anda. Segala kisah kejayaan anda boleh layari di http://kevinzahri.com/blog/category/success-stories

jk1m

jk1m

Jom sertai lebih 1000 peserta dari negara.

Jom kurangkan berat badan bersama. Layari http://kevinzahri.com/jk1m untuk pilih kawasan cabaran yang berdekatan anda.

Ya, kepada semua pembaca Blog Sensasi Beautifulnara ini, anda boleh gunakan kod coupon “beautifulnara” semasa checkout (ketika isi form online) untuk diskaun 10%. Hebat kan!

Segala pertanyaan anda boleh kemukakan di email [email protected] atau menghubungi Team Leader pilihan anda.

Anda juga boleh hubungi hotline kami di 018 234 9358 (Amirul Agam) atau 01928287820 (Kaka). More info boleh layari http://kevinzahri.com/jk1m

August 31st, 2014

Setelah tujuh tahun hidup sendiri penyanyi Atilia telah melangsungkan pernikahan pada pukul 11.00 pagi tadi dengan Adam Sofian Mazlan di Saujana Gold & Country Club.


 photo 10479878_10153289597474240_5380188908587549042_o.jpg

Menurut BH Online, Atilia memberitahu bahawa pernikahan mereka dirancang sejak tiga minggu lepas disebabkan kesibukan masing-masing. Kira-kira 160 orang tetamu dalam majlis pernikahan Atilia yang diadakan secara kecil-kecilan dan dihadiri keluarga dan teman rapat.

Atilia memberitahu majlis resepsi perkahwinan mereka akan diadakan hujung tahun ini dan pihak media akan dijemput membuat laporan majlis tersebut.

Set gambar pernikahan mereka diambil oleh jurugambar rasmi REDPhotography.

Bersama kita doakan perkahwinan mereka berkekalan hingga ke akhir hayat.

Lagi 22 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.


 photo 10634102_10153289597409240_976293288969430489_o.jpg
 photo 10644379_10153289598114240_8570277894033106387_o.jpg
 photo 10608802_10153289597984240_2013558104458441274_o.jpg
 photo 10623565_10153289599364240_2175692103674483831_o.jpg
 photo 10633309_10153289595894240_2755764688886053238_o.jpg
 photo 10648371_10153289598539240_8494792510493206678_o.jpg
 photo 10648396_10153289597324240_382057276083400474_o.jpg
 photo 10669026_10153289600429240_1956484643979930446_o.jpg
 photo 10648316_10153289598794240_2615825660818769407_o.jpg
 photo 10648284_10153289600269240_8503491704060845116_o.jpg
 photo 10575437_10153289599909240_7928511265337356588_o.jpg
 photo 10582873_10153289596964240_4215291768149732324_o.jpg
 photo 1966335_10153289596904240_7528799753654386418_o.jpg
 photo 10522645_10153289599644240_7143742270278065858_o.jpg
 photo 1523603_10153289599179240_463517764836984998_o.jpg
 photo 1900782_10153289599499240_1245355412794675119_o.jpg
 photo 10551478_10153289597124240_6229809972983721397_o.jpg
 photo 10551429_10153289597604240_8863397187780085865_o.jpg
 photo 10608251_10153289597759240_8985095971467203828_o.jpg
 photo 10557717_10153289599769240_8492399586930761973_o.jpg
 photo 10511610_10153289598939240_7704960533637021911_o.jpg
 photo 10553738_10153289598459240_7638528675664675850_o.jpg

October 9th, 2013

Kebelakangan ini selebriti tempatan memang rajin mengadakan majlis ‘baby shower’. Mengikut pemahaman kami, majlis seperti ini biasa diamalkan masyarakat Barat, biasanya untuk berkumpul, makan bersama, mengeratkan hubungan dan mengumpul hadiah untuk bayi yang bakal lahir. Tidak ketinggalan buat Yasmin Hani Richardson dan suaminya Sha’arin Razali yang Ahad lepas menganjurkan ‘baby shower’ untuk bayi mereka yang bakal lahir tidak lama lagi.


 photo f54ad6c62e9611e3bcc022000a1fcf26_7.jpg
 photo ebcc9d7c2eb011e383e322000a9f1948_7.jpg

Dekorasi majlis ini banyak berkisar pada warna putih, biru dan turqoise. Antara yang turut hadir ialah Ning Baizura, Atilia, Daphne Iking, Aishah Sinclair dan Dynaz Mokhtar. Lagi sembilan gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar, Instagram Yasmin Hani.

 photo af1611c82ea211e38b1d22000ae91391_7.jpg
 photo e82015fe2e6611e3b0e622000ab78692_8.jpg
 photo 04298a862ea911e387d022000a1fc4f9_71.jpg
 photo abaad8742e9911e39f5b22000a1fbc74_7.jpg
 photo 432c260e2e9e11e393ab22000aeb0c17_7.jpg
 photo 753f644c2e9b11e3ae6922000ae902d1_7.jpg
 photo 09e223822ea611e3905222000aaa031b_7.jpg
 photo 19d521dc2e9611e3aa8c22000a9e17c4_7.jpg
 photo 6ec685982e8511e389f722000ae91416_7.jpg