January 10th, 2020

Berkongsi foto terbarunya, rata-rata netizen mengkritik bentuk badan pelakon Atikah Suhaime agak berisi berbanding sebelum ini yang dilihat terlalu kurus. Bagaimanapun, dia tidak melenting dan begitu tenang membaca semua komen-komen netizen.

atikah suhaime

Namun, sebagai manusia ada kalanya kita pasti akan terasa hati dengan kritikan yang dilemparkan.

Baru-baru ini, Atikah menerusi Insta Story meluahkan rasa kecewa apabila ada segelinitir yang membuat perbandingan dan memuji bintang Hollywood, Kylie Jenner cantik meskipun bentuk badannya berisi tetapi saiz badannya pula disifatkan sebagai ‘gemuk’.

atikah suhaime kylie jenner atikah suhaime kylie jenner

Terdahulu, sebenarnya ramai yang memuji Atikah nampak lebih jelita dan mempunyai bentuk badan yang cantik. Kata mereka, lebih baik untuk pelakon itu mengekalkan bentuk badan sebegitu. Memang ramai yang terpikat.

Sumber Berita : Media Hiburan

 

 

January 3rd, 2020

Sejak beberapa hari ini, nama pelakon Atikah Suhaime nampaknya kembali hangat diperkatakan. Bersempena dengan tahun baru 2020, Atikah menerusi akaun Instagramnya memuat naik foto terbarunya.

atikah suhaime

Agak berbeza juga penampilan Atikah, sudah sedikit berisi berbanding sebelum ini yang dilihat terlalu kurus. Foto yang dikongsikan itu mencuri perhatian ramai. Malah, dia turut memohon maaf kepada netizen yang tidak senang duduk dengan fotonya itu.

Bagaimanapun, sebenarnya ramai yang memuji Atikah nampak lebih jelita dan mempunyai bentuk badan yang cantik.

atikah suhaime-

atikah suhaime-

netizen puji atikah suhaime cantik

netizen puji atikah suhaime cantikBoleh tahan cantik Atikah sekarang, perubahan yang mantap kata orang. Mungkin lebih baik untuk kekalkan bentuk badan sebegitu. Memang ramai yang terpikat.

Sumber Berita : Projek MM

January 3rd, 2020

Pernah gagal dalam percintaan, baru-baru ini pelakon Atikah Suhaime berpesan kepada wanita diluar sana agar tidak terus terperangkap dalam hubungan toksik. Malah, dia juga mengakui pernah melalui pengalaman memeritkan itu.

awi rafael atikah suhaime

Ramai juga yang tertanya adakah ia berkaitan dengan bekas tunangnya? Mengulas kenyataan Atikah, penyanyi Awi Rafael berkata dia tidak tahu apakah motif sebenar pelakon wanita itu membuat pendedahan mengenai hubungan toksik.

Pada masa yang sama, Awi menegaskan dakwaan Atikah mengatakan dia berpura-pura kaya dan menyalahkan wanita itu apabila rancangan perkahwinan mereka batal adalah tidak benar.

atikah suhaime

Saya tidak tahu apa tujuan dia. Biarlah, saya positif sahaja. Setahu saya, belum pernah saya berlagak kaya. Malah, jika dilihat menerusi muat naik di Instagram, saya tidak pernah menampakkan ciri-ciri hidup mewah.

Pada zaman ini, orang boleh bercakap apa sahaja, tetapi mereka yang bijak akan menilai mana baik dan buruk. Saya memilih untuk menjadi lebih positif. Semua ini perkara remeh untuk saya fikirkan, apatah lagi, ia dibangkitkan semula selepas hampir setahun kami membawa haluan masing-masing.

awi rafaelDalam pada itu, Awi yakin ramai tahu siapa dirinya yang sebenar dan tidak melatah dengan segala dakwaan yang dilemparkan. Menurut Awi, dia cukup gembira dengan kehidupannya kini dan sentiasa mendoakan yang baik-baik bekas tunangnya.

Sumber Berita : BH ONLINE

January 2nd, 2020

Pernah gagal dalam percintaan sebelum ini dan angan untuk menaiki jenjang pelamin tidak kesampaian, pelakon Atikah Suhaime berpesan kepada wanita diluar sana agar tidak terus terperangkap dalam hubungan toksik.

atikah suhaime

Mengakui dia sendiri pernah melalui pengalaman memeritkan itu, Atikah berkata seorang wanita harus berani mengatakan ‘tidak’, jangan biarkan diri mereka terus sengsara dalam apa sahaja perhubungan.

Saya tahu di luar sana ramai wanita yang terperangkap dalam hubungan toksik. Tolong keluar sebelum terlambat.

Tidak kisah sama ada dalam hubungan cinta, persahabatan atau persaudaraan, kita perlu belajar untuk berkata tidak.

atikah suhaime

Saya juga pernah terperangkap dalam situasi gelap, awal tahun lalu. Apabila saya cuba mencari kejujuran, keadaan menjadi bertambah buruk.

Ditanya adakah kenyataannya itu berkaitan dengan kisah cinta bersama bekas tunang, Awi Rafael, aktres itu berkata dia hanya ingin memberikan peringatan kepada wanita supaya berhati-hati menjalin hubungan. Atikah nafi dia cuba ingin meraih perhatian.

atikah suhaime awi rafael

Saya tahu, pendedahan ini akan membuatkan kisah lama kami kembali diungkit, malah saya juga sudah bersedia jika ada yang mahu mengecam.

Saya cuma mahu memberi motivasi kepada wanita yang melalui situasi seperti itu supaya berani bertindak kerana saya juga pernah melalui episod gelap dan menakutkan.

atikah suhaimeMeskipun sudah setahun putus tunang, Atikah kesal apabila ibu dan bapanya terus diasak pelbagai tohmahan.

Terdahulu, tidak lama selepas dia putus tunang, Atikah mengakui sedang mengenali hati budi seorang ahli perniagaan yang dikenali sebagai Datuk Lokman Teh. Namun, sehingga kini tiada sebarang perkembangan terbaru tentang hubungan mereka.

Sumber Berita : BH ONLINE