January 31st, 2013

Agak menarik kesedaran yang ditunjukkan oleh orang ramai yang beragama Islam mengenai drama Sahara yang bakal (sudah) ditayangkan di Astro Prima. Ramai yang tidak berpuas hati dengan imej wanita berniqab yang ditunjukkan menerusi promo drama tersebut.

drama sahara

Malah menerusi Facebook Zaharuddin.net, Ustaz Zaharuddin turut sama mengecam tindakan pengarah drama ini yang mempamerkan imej wanita berhijab dengan gambaran yang salah. Kata beliau:-

Drama ini patut diKRITIK dan dihentikan siarannya kerana merosakkan imej wanita berhijab. Wanita berhijab TIDAKLAH sedemikian murah untuk berdating, berpegangan tangan, berpelukan dengan lelaki bukan mahram. Kalau kita marah-marah non muslim menghina dan memberi gambaran salah terhadap kalimah Allah dan Nabi serta ajaran Islam, kini ia dilakukan oleh manusia yang beragama Islam sendiri.

Video promo drama Sahara untuk tatapan anda di bawah:-

Facebook Hentikan Drama Sahara kini telah mendapat kira-kira 7,000 LIKES dan angka tersebut terus meningkat setiap masa. Bagi Abang Nara seharusnya pihak yang terbabit dengan drama ini lebih peka serta memahami sensitivi umat Islam di Malaysia dan tidak hanya mementingkan keuntungan semata-mata.

P.S: Trip ke Korea promosi utk bulan 3 ni ada tinggal BEBERAPA seat sahaja! .LIKE Facebook Pelangibonda! untuk info lanjut.

travel korea jom

 

July 8th, 2010

arwah din beramboi
Kuala Lumpur, 7 Julai 2010 – Setelah hampir genap 100 hari pemergian Allahyarham Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad, Astro akan menayangkan sebuah program istimewa bagi mengimbas kembali kenangan-kenangan beliau di industri hiburan yang berjudul ‘Di Sebalik Din Beramboi @ Mior Ahmad Fuad’ menerusi Astro Prima (saluran 105) pada hari Sabtu, 10 Julai 2010, jam 10.00 malam.

Astro Prima mengambil inisiatif untuk membawakan program biografi khas ini khusus buat tontonan para penonton bagi mengenang jasa serta sebagai tanda penghormatan buat Allahyarham Din Beramboi dengan menampilkan sisi-sisi kehidupan pelawak tersohor ini yang tidak diketahui umum untuk dikongsi bersama para peminatnya.

“Walaupun sudah 100 hari Allahyarham meninggalkan kita, tetapi masih terngiang-ngiang lawak beliau di halwa telinga dan ternyata setiap lawak tersebut tidak pernah gagal untuk membuatkan kita ketawa tidak kering gusi apabila mendengar atau menontonnya berulang kali. Sebagai memperingati sekaligus mengubati rindu peminat-peminat beliau, Astro mengambil kesempatan ini untuk membawakan sebuah program istimewa ‘Di Sebalik Din Beramboi @ Mior Ahmad Fuad’ yang dibuat khas bagi mengimbas kembali cerita-cerita, aksi spontan, lawak jenaka serta kisah hidupnya kepada penonton secara eksklusif,” ujar Encik Nizam Sani, Pengurus Saluran Astro Prima.

Program khas Di Sebalik Din Beramboi ini akan menyingkap setiap aspek tentang Allahyarham seperti kerjaya, cinta, keluarga, personaliti, hobi dan lain-lain. Menariknya program ini ialah ia akan menyusuri sisi berlainan Din Beramboi yang tidak pernah didedahkan pada umum dan boleh ditonton menerusi program ini.

Program ini akan turut menampilkan sedutan wawancara bersama teman-teman terdekat dan ahli keluarga Allahyarham yang akan berbicara tentang siapakah sebenarnya individu yang bergelar Din Beramboi ini. Ketahui watak, perilaku dan sikap pelawak hebat ini yang mungkin tidak pernah diketahui sebelum ini. Menerusi program ini juga, para penonton berpeluang untuk melihat foto-foto eksklusif serta barang-barang peribadi milik Allahyarham.

Menariknya program ini ialah ia turut menampilkan Aznil Haji Nawawi sebagai pengantara. Pemilihan beliau dilihat tepat kerana beliau merupakan rakan terdekat yang selalu menemaninya di konti ’Riuh Pagi di Era’. Digandingkan bersama menerusi segmen itu sedikit sebanyak membantu Pak Nil untuk berkongsi dengan lebih lanjut mengenai Allahyarham.

Peminat-peminat Allahyarham Din Beramboi melihat beliau sebagai seorang yang periang dan ceria setiap masa serta sentiasa menggembirakan orang disekelilingnya. Namun, pasti ramai yang tidak menduga keperibadian sejati pelawak ini yang disembunyikan di sebalik lawak jenaka serta tawa cerianya yang mungkin hanya diketahui oleh teman-teman dan keluarga terdekat sahaja. Untuk menonton rancangan khas pemeringati pelawak tersohor ini, jangan lupa saksikan ‘Di Sebalik Din Beramboi @ Mior Ahmad Fuad’ di Astro Prima (saluran 105) pada hari Sabtu, 10 Julai 2010, jam 10.00 malam.