June 19th, 2012

Masihkah anda ingat kawasan melepak kegemaran anda semasa kecil? Gerai yang menjual kuih-muih kegemaran anda? Suara kuat makcik di pasar anda? Inilah antara kenangan-kenangan istimewa kampung halaman kita yang menjadikan zaman kecil tersemat di dalam hati.

my hometownBersempena dengan kempen Negaraku tahun ini, Astro meraikan semangat 1Malaysia melalui inisiatif, ‘My Hometown’. Rakamkan kenangan-kenangan manis di kampung halaman anda dengan mengetengahkan kisah-kisah unik yang membezakan pengalaman anda dengan yang lain. Video ini akan disiarkan melalui satu saluran yang didedikasikan khas buat inisiatif ini iaitu ‘My Hometown’ (Saluran 318) dari 31 Ogos ke 17 September 2012.

my hometownSempena meraikan Hari Merdeka dan Hari Malaysia, inisiatif ini diadakan untuk menyambut pelbagai budaya dan warisan di Malaysia. Rakyat dijemput untuk menghantar video anda dengan memfokuskan kepada betapa menarik, pelik atau lucunya kampung halaman anda dan mengapa hal ini sangat berkait secara peribadi kepada anda. Video yang paling kreatif akan disiarkan melalui saluran ‘My Hometown’ (Saluran 318) dari 31 Ogos ke 17 September 2012 untuk tatapan seluruh rakyat Malaysia. Kami ingin menjemput semua rakyat Malaysia tidak mengira bangsa, jantina atau umur untuk berkongsi kenangan anda secara kreatif dan mengenang kembali zaman kecil anda bersama-sama kami.

my hometown

Sebagai tambahan kepada kempen ‘My Hometown’, Astro turut memperkenalkan ‘My Hometown Short Films’. Inisiatif ini ialah satu projek yang memaparkan 14 filem pendek yang setiap satunya meliputi 14 negeri di in Malaysia. Projek ini diarah oleh 14 pengarah filem muda dan memberi fokus kepada kenangan kampung halaman mereka. Setiap pengarah filem yang berasal dari negeri-negeri berbeza ini akan merekodkan pengalaman di kampung halaman mereka yang akan menghasilkan 14 filem pendek yang berbeza dari segi persekitaran sosial tetapi menjurus kepada satu objektif yang sama iaitu rasa cinta terhadap tanahair mereka. Sebahagian daripada pengarah-pengarah filem ‘My Hometown Short Films’ ialah are Sharifah Armani (Kuala Lumpur), Rewan Ishak (Perlis), Adrian Lai (Melaka), Shanjey Kumar Perumal (Perak) dan Ramdan Che Hassan (Kelantan).

my hometown

Rakyat Malaysia digalakkan untuk menghantar kisah-kisah ‘My Hometown’ masing-masing yang menggabungkan budaya, bahasa dan lokasi di Malaysia di dalam bentuk video (tidak melebihi 5 minit). Video anda perlu dihantar ke Astro Broadcast Centre at Bukit Jalil sebelum 8 Ogos 2012 atau dimuatnaik di www.astro.com.my/myhometown. Video-video yang terpilih dan ‘My Hometown Short Films’ akan disiarkan melalui saluran, My Hometown (Saluran 318) dari 31 Ogos ke 17 September 2012.

my hometown

Bagi maklumat lanjut mengenai ‘My Hometown’, layari www.astro.com.my/myhometown