June 2nd, 2020

Meskipun berbeza menyambut Aidilfitri tanpa kelibat arwah suami di sisi, penyanyi popular Indonesia Bunga Citra Lestari meraikan perayaan itu dalam keadaan norma baharu susulan penularan wabak COVID-19 yang semakin berleluasa di Indonesia.

sambutan aidilfitri bcl

Mengakui kemeriah tidak sama seperti tahun-tahun sebelum ini, namun tradisi yang dilakukan ketika arwah masih hidup tetap diteruskan Bunga sebagai tanda menghargai jasa suaminya.

Kongsi Bunga di laman YouTube, malam sebelum meraikan sambutan itu, mereka sekeluarga mengambil kesempatan membacakan surah Yasin buat arwah.

“Kami tidak lepaskan malam itu tanpa takbir seperti kamu lakukan malam tahun lalu.”

sambutan aidilfitri bcl

Menurutnya, perkara tersebut dilakukan Ashraf pada tahun lalu namun sedikit berbeza susulan pandemik ini mereka bertakbir secara dalam talian bersama seorang ustaz.

Tambah Bunga, lebaran ini cukup indah buat dirinya dan cahaya mata, Noah kerana mereka sempat menyiapkan juadah raya seperti tahun sebelum ini.

“Saya jaga tradisi ini untuk Noah biasa dengan kehidupan baharu ini.”

Video yang dimuat naik itu turut mengimbau kembali kenangan meraikan Aidilfitri bersama Allahyarham pada tahun lalu.

View this post on Instagram

When we have each other, we have everything ❤️.. Eid Mubarak!

A post shared by Bunga Citra Lestari (@bclsinclair) on

Ujar Bunga, walaupun kini orang ramai bagaikan sedang berdepan ujian dan dugaan, beliau dikhabarkan masih bersyukur kerana diberi kesempatan untuk menyambut perayaan ini bersama insan tersayang.

Kata Bunga lagi, meskipun ketiadaan Ashraf di sisi namun jiwanya sentiasa ada bersama dengannya, malah tidak putus mendoakan Ashraf sebagai tanda rasa cinta buat pemergian arwah suami.

sambutan aidilfitri bcl

Terdahulu, Bunga dan Ashraf dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Noah Aidan Sinclair selepas mendirikan rumah tangga pada tahun 2008.

Namun, pada tanggal 18 Februari 2020, Allahyarham Ashraf Sinclair meninggal dunia akibat serangan jantung di Jakarta, Indonesia.

Sumber: YouTube (IT’S ME BCL)

Advertisement
February 19th, 2020

Pemergian Ashraf Sinclair secara tiba-tiba akibat serangan jantung awal pagi semalam telah mengejutkan ramai. Antara yang turut merasai kehilangan Ashraf adalah pelakon Zul Ariffin yang sudah 16 tahun bersahabat dengan arwah.

zul ariffin ashraf sinclair

Saat mendengar berita duka Ashraf meninggal dunia, Zul terus bergerak ke Jakarta bagi memberi penghormatan terakhir buat rakan baiknya itu.

Zul mengenali Ashraf sejak berusia 17 tahun, malah suami kepada Bunga Cinta Lestari itu antara individu terawal yang dia kenali ketika mula berjinak dalam industri hiburan. Mereka berdua pernah bergandingan dalam iklan komersial sekitar tahun 2004 sewaktu Zul baru sahaja ingin memulakan kariernya.

zul ariffin ashraf sinclair

zul ariffin ashraf sinclair

Menerusi Insta Story miliknya, Zul sempat memuat naik beberapa foto ketika dia dalam perjalanan ke Jakarta sebelum tiba di tanah perkuburan San Diego Hills, Jawa Barat.

Zul tidak sempat menatap wajah Ashraf buat kali terakhir, dia hanya dapat mengunjungi pusara arwah dan dilihat menabur bunga di pusara berkenaan.

zul ariffin ashraf sinclair

Kali terakhir mereka bergandingan bersama adalah menerusi filem J Retribusi iaitu sekuel kepada filem J Revolusi yang bakal ditayangkan pada pertengahan tahun ini.

Sumber Berita : Astro Gempak

Advertisement
February 19th, 2020

Berita pelakon Ashraf Sinclair atau nama penuhnya, Ashraf Daniel Mohamad Sinclair yang meninggal dunia pagi semalam mengejutkan industri hiburan Malaysia dan Indonesia.

ashraf sinclair derma anak yatim

Kehilangan Ashraf diratapi semua sahabat, rakan artis dan orang ramai. Bukan sahaja dikenali sebagai seorang yang peramah, Allahyarham juga seorang yang pemurah dan dermawan, banyak memberikan sumbangan serta bantuan kepada rumah anak yatim.

Malah, dia juga merupakan penyumbang tetap di Yayasan Yatim Piatu Daarul Rahman di Jakarta Selatan, Indonesia.

ashraf sinclair derma anak yatim

Pengurus Yayasan Yatim Piatu Daarul Rahman, H Ahmad Habib berkata, kehilangan Ashraf begitu sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Menurutnya, kali terakhir dia bertemu pelakon itu kira-kira dua bulan lalu.

Dia kerap datang ke situ. Setiap kali datang, dia akan memberi sumbangan kepada kami. Kali terakhir dia datang ialah dua bulan lalu. Ketika itu dia nampak sihat.

ashraf sinclair derma anak yatim

Dikenali sebagai seorang yang baik hati, pemergian mengejut Ashraf membuatkan anak-anak yatim disitu turut terasa kehilangan.

Mereka tak percaya dia sudah pergi. Ia terlalu cepat. Ashraf sangat baik hati dan kerap bertegur sapa. Kami merasa sangat kehilangan apabila mendapat berita ini.

ashraf sinclair

Terdahulu, Ashraf menghembuskan nafas terakhir pada 4.51 pagi Selasa waktu tempatan akibat serangan jantung. Allahyarham berkahwin dengan Bunga Citra Lestari pada 8 November 2008 dan dikurniakan seorang anak lelaki Noah Aidan Sinclair yang berusia 10 tahun.

Sumber Berita : Harian Metro

Advertisement
February 18th, 2020

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada pelakon Ashraf Sinclair yang disahkan telah meninggal dunia hari ini akibat serangan jantung. Suami kepada Bunga Citra Lestari ini aktif bergiat di dalam dunia seni di Indonesia.

Berita sedih ini telah disahkan oleh ibu kepada pelakon tersebut, Khadijah Abdul Rahman menerusi applikasi Whatsapp.

Anak saya Ashraf telah pulang ke Rahmatullah. Dalam perjalanan ke Jakarta sekarang

Ashraf Sinclair yang berusia 40 tahun telah mendirikan rumahtangga dengan Bunga Citra Lestari, 36 tahun pada November 2008 dan mempunyai seorang anak lelaki berusia 9 tahun. Allahyarham merupakan abang kepada deejay radio Aishah Sinclair dan juga Adam Sinclair, suami kepada Yunalis Zarai. Sama-sama kita sedekahkan Al Fatihah dan doakan agar Ashraf ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin.

Advertisement