April 2nd, 2020

Gara-gara memberi respon terhadap isu artis meminta bantuan khas daripada kerajaan yang hangat diperkatakan, pelakon Fizo Omar turut terkena tempias kecaman daripada netizen. Menuduh dirinya juga ingin mengharapkan bantuan kerajaan.

fizo omar nafi minta bantuan kerajaan

Apa yang berlaku sedikit sebanyak telah mencalarkan maruah dirinya dan keluarga. Dihimpit dengan pelbagai kecaman dan tuduhan, Fizo berkata dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang membuat fitnah tersebut sekiranya perkara ini terus diperbesarkan.

Ingin saya tegaskan saya tidak pernah meminta bantuan daripada kerajaan atau mana-mana pihak seperti yang didakwa di media sosial.

Itu adalah satu fitnah besar terhadap diri saya. Saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang jika perkara ini berlarutan termasuklah komen kata-kata kesat di media sosial yang boleh menjatuhkan maruah atau mencemarkan nama baik saya dan keluarga.

Fizo berkata, kontroversi yang membabitkan dirinya sebelum ini hanyalah satu salah faham sahaja dan meminta pihak berkenaan menarik balik kenyataan mereka.

fizo omar bantuan kerajaan

Terdahulu, pelakon Zarina Anjoulie tampil memberi teguran “pedas” terhadap Fizo Omar, selepas meninggalkan komen agak sinis terhadap video Zarina tentang artis yang dianggap “tidak malu” meminta bantuan, sedangkan sebelum ini mereka menayang kehidupan mewah.Perkongsian Zarina mendapat sokongan daripada pengikutnya hingga menegur semula Fizo.

March 31st, 2020

Berbicara mengenai isu artis meminta bantuan khas daripada kerajaan yang hangat diperkatakan sekarang, pelakon Fizo Omar berharap masyarakat tidak salah faham dengan “perjuangan” rakan artis yang hanya mahu membela nasib penggiat seni yang memerlukan termasuklah pekerja di belakang tabir.

fizo omar artis minta bantuan

Tidak semua yang terlibat dalam dunia hiburan ini kaya raya seperti yang ditayangkan di media sosial, ada juga yang hidup susah

Saya harap, masyarakat faham apa yang rakan-rakan saya maksudkan dan cuba perjuangkan. Pekerja seni termasuklah mereka yang bekerja di belakang tabir, yang mana pendapatan mereka bergantung kepada penggambaran atau sesuatu acara sahaja.

fizo omar dikecam

Selain itu, ramai juga artis-artis veteran yang tak ada pendapatan dan inilah masanya untuk kita bersuara dan membantu mereka.

Fizo berkata, dia bukanlah sengaja ingin masuk campur isu yang berbangkit, tetapi dia juga terkesan apabila ada rakan artis yang dikecam teruk netizen. Bak kata pepatah, cubit peha kanan peha kiri terasa kerana mereka bersahabat.

fizo omar dikecam

Siapa yang tak terkesan sekiranya rakan-rakan kita dikecam sedangkan, kenyataan mereka diputarbelit oleh pihak tertentu sehingga membawa maksud berbeza.

Terdahulu, Black Hanifah, Tomok dan Shuib Sepahtu dikecam teruk gara-gara meminta kerajaan memberi bantuan khusus kerana para artis yang sebelum ini sudah banyak membantu negara. Perkara itu menimbulkan rasa kurang senang netizen yang melihat gaya hidup serba mewah kebanyakan artis dan ada juga yang mempersoalkan apakah sumbangan mereka sehingga perlu ada bantuan khusus.

Sumber Berita : Harian Metro