December 23rd, 2014

Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum tahun 2014 akan meninggalkan kita. Seperti biasa Abang Nara akan membuat beberapa artikel ‘recap’ untuk kita mengimbau kembali apa yang terjadi sepanjang tahun ini. Di kesempatan ini juga Abang Nara ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pembaca dan pengomen BeautifulNara kerana terus aktif memeriahkan blog ini. Kehadiran anda sememangnya membuatkan Abang Nara teruja (terutama yang bagi komen dengan penuh ilmiah).

10 artikel

Setiap tahun ribuan komen diterima daripada anda semua untuk artikel-artikel di BeautifulNara. Sesetengah artikel mencapai ratusan komen dengan pelbagai pendapat diutarakan. Apabila ada kesempatan, Abang Nara akan membaca komen-komen tersebut. Kadangkala kagum juga dengan pendapat bernas sesetengah pengomen. Apa pun, marilah kita saksikan 10 artikel paling popular (paling banyak komen) di BeautifulNara sepanjang tahun 2014.

hanez surayaBoleh dikatakan tahun 2014 adalah milik Hanez Suraya yang dihimpit kontroversi bersama suami orang, Romie. Daripada 10, 3 artikel berkaitan pelakon ini mendapat komen terbanyak. Untuk makluman, hubungan Hanez dan Romie sudah pun tamat. Hanez sendiri sudah meminta agar dirinya tidak lagi dikaitkan dengan bekas suami Liyana Manan itu. Agak menarik untuk tahun ini apabila surat terbuka daripada seorang pembaca BeautifulNara mendapat reaksi yang hangat daripada anda.

rita rudaini

Sama seperti tahun-tahun sebelum ini, artikel yang berkaitan dengan Rita Rudaini pastinya mendapat sambutan hangat daripada para pembaca BeautifulNara. Kemungkinan besar ramai yang boleh merasakan kesakitan dan kepedihan hati ibu tunggal ini. Nama Abby Abadi juga turut menjadi perbualan sekali lagi apabila perkahwinannya gagal buat kali kedua. Tambah kecoh apabila bekas suami Abby mendakwa dicederakan oleh pelakon ini.

fizo omar

Selepas berkahwin, Fizo Omar dan Mawar menerima banyak teguran dan kritikan daripada mereka yang gemar mencari kesalahan pasangan ini. Adatlah bila pasangan sama cantik sama berjaya, pasti ada yang cemburu. Apa pun, semoga tahun 2015 dunia hiburan Malaysia akan berkurangan daripada segi kontroversi sebaliknya lebih dipenuhi dengan kisah kejayaan. Nantikan rangkuman daripada Abang Nara untuk kisah-kisah paling hangat sepanjang tahun ini. Minggu ini kita buat ‘recap’ tanpa henti. Selamat membaca.