Written by serenity | December 10th, 2015

Penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat, mesra dikenali sebagai Apex selamat menimang cahaya mata keduanya pada 18 November lepas. Ketika dilahirkan, bayi lelaki itu mempunyai berat 3 kg dan telah diberi nama Khaleel Emir. Jom kita tengok gambar Apex sekeluarga bersama isteri, Leuniey Natasha dan anak sulung, Kayla Elana bergambar bersama Khaleel.


 photo 12366928_10207683192335957_1798184333_n.jpg

Gambar-gambar yang cantik ini ialah hasil bidikan The Photolicious.

Lagi 16 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Pementasan penutup tirai Semarak Bangsawan 2015 akan dilaksanakan oleh Pertubuhan Teja Kuala Lumpur dengan naskhah…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Sunday, 6 December 2015

 
Written by AbangNara | June 3rd, 2014

Wah. Comelnya puteri sulung Khairul Fahmi Che Mat dan Leuniey Natasha yang diberi nama Kayla Elayna ini. Seronok Abang Nara melihat gambar mereka bertiga di majlis akikah yang telah berlangsung di Tunjong Banquets, Kota Bahru. Nampak bahagia sangat-sangat. Semoga kegembiraan dan kebahagiaan ini akan berkekalan buat selamanya buat mereka.

gambar akikah kayla elayna

Untuk makluman, Kayla Elayna telah dilahirkan pada 3 Februari 2014. Sebelum ini ada beberapa gambar Kayla Elayna yang telah dirakamkan selepas kelahirannya. Jelas nampak Kayla membesar dengan sihat dan sempurna. Sama-samalah kita doakan agar puteri Apek dan Leuniey ini membesar tanpa sebarang masalah sehingga dewasa kelak.

gambar akikah kayla elayna

Beberapa lagi gambar sekitar majlis akikah Kayla Elayna dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada Facebook Camora Arts.

 
Written by AbangNara | February 10th, 2014

Abang Nara memang teringin dari dulu lagi untuk buat “photoshoot” untuk anak yang tercinta. Namun biasalah bila dah lahir si anak, kadang-kadang sibuk sangat sampai tak sempat nak buat apa yang dirancang. Namun begitu, dengan kerjasama The Photolicious, Khairul Fahmi dan Leuniey Natasha telah merakamkan detik-detik indah anaknya, Kayla Elyana pada usia 6 hari. Comel sangat-sangat!!!

kayla elayna anak apek leuniey

Namun agak menyedihkan apabila ada pihak yang menyatakan kelahiran Kayla Elayna tidak membawa tuah semata-mata kerana kekalahan Kelantan di dalam perlawanan bola sepak. Rendah sungguh mentaliti orang tersebut. Memang memalukan bagi Abang Nara melihat masih ada orang yang berfikiran begini. Fikirkanlah perasaan mak ayah anda sekiranya anda dikatakan “bad luck” oleh seseorang. Pasti bengang tahap tertinggi punya.

kayla elayna anak apek leuniey

Buat Apek dan Leuniey, abaikanlah sahaja orang sebegini. Memang tak ada akal punya orang. Komen yang ditaip pun menunjukkan betapa hatinya sangat busuk dan tidak senang melihat kebahagiaan anda. Yang penting berikan 100% tumpuan membesarkan Kayla Elayna. Berikan kasih sayang yang secukupnya. Pedulikanlah orang lain.

kayla elayna anak apek leuniey

Lagi beberapa gambar si comel Kayla Elayna dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar sepenuhnya kepada ThePhotolicious.

 
Written by AbangNara | February 6th, 2014

Alolololo comelnya buah hati pengarang jantung si puteri sulung Leuniey Natasha dan Khairul Fahmi ini. Si comel ini telah pun diberikan nama Kayla Elyna. Cantik namanya. Pasti besar nanti akan secantik emaknya. Sekali pandang, Kayla seiras dengan wajah Apek. Orang kata baby girl kalau muka macam ayah besar nanti confirm cun melecun.

nama anak apek

Semoga Kayla Elayna membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah apabila dewasa kelak. Kepada Apek dan Leuniey, tahniah sekali lagi atas kehadiran cahaya mata anda. Selamat menjadi ibu dan ayah. Lagi beberapa gambar Kayla Elayna dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

nama anak apek

P.S: Anda semua dijemput hadir ke Seminar Usahawan Milenium akan diadakan pada 9 feb 2014 di dewan Astana Era Mewah, Paya Jaras. 150 peserta yang awal akan menerima cenderamata. Untuk maklumat lanjut anda boleh melayari www.janaincome.com.my atau Facebook Seminar Usahawan Milenium.