Written by AbangNara | August 12th, 2013

Walaupun gagal menepis tandukan lemah Cesc Fabregas ketika menentang Barcelona baru-baru ini, persembahan Khairul Fahmi atau lebih dikenali dengan nama Apek pada malam tersebut harus dipuji. Kecekapan Apek menjaga gol memastikan Malaysia kalah dengan penuh bermaruah.

lisa surihani raya

Apa-apa pun, Abang Nara salute dengan pengorbanan pemain bola sepak Harimau Malaya beragama Islam yang sanggup mengorbankan cuti Hari Raya mereka untuk beraksi menentang Barcelona baru-baru ini. Bukan senang, lebih-lebih lagi buat Apek yang baru pertama kali berhari raya dengan isterinya, Leuniey Natasha.

lisa surihani raya

Leuniey nampak semakin berseri-seri sejak kehamilannya. Tahun depan pasti lebih meriah raya pasangan ini dengan kehadiran orang ketiga. Semoga segalanya berjalan lancar buat mereka. Lagi 6 keping gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | June 18th, 2013

Alhamdulillah. Berita yang ditunggu-tunggu oleh setiap pasangan suami isteri akhirnya tiba jua buat Apek dan Leuniey. Berkata kepada Media Hiburan, Leuniey mengesahkan yang dirinya kini hamil 6 minggu. Jutaan tahniah diucapkan buat mereka berdua atas berita gembira ini.
leuniey apek mengandungYang menariknya, Apek turut sama mengalami “morning sickness” sepanjang kehamilan Leuniey. Orang tua-tua kata, kalau suami pun muntah-muntah, itu maknanya dia sayang sangat kepada isterinya. Kata Leuniey:-

Alhamdulillah, saya telah disahkan hamil enam minggu. Ketika memaklumkan berita gembira ini kepada suami, Apex ketika itu berada di Australia. Dia berasa cukup teruja dan gembira malah turut mengalami ‘morning sickness’ seperti saya

Semoga Leuniey akan sentiasa menjaga kesihatan diri dan kandungan sepanjang kehamilan ini. Tahniah sekali lagi buat Apek dan Leuniey. Sama-sama kita doakan segalanya dipermudahkan buat mereka berdua.
Chantilly2013

P.S: Pelangibonda Busana Muslimah kini mengeluarkan koleksi telekung exclusive terbaru yang berkualiti tinggi. Diperbuat daripada kain France Chantilly Silk yang import khas untuk anda semua sempena menyambut kedatangan Ramadhan/Syawal tahun ini. Turut sesuai yang plan nak kahwin boleh buat hantaran! *ehem* . Layari Facebook Gudang.My untuk info lanjut.

Written by AbangNara | March 14th, 2013

Sudah masuk 3 bulan usia perkahwinan Leuniey Natasha dan Khairul Fahmi Che Mat. Pastinya Apek dan Leuniey masih berada di dalam fasa bulan madu. Bercakap mengenai cahaya mata sebelum ini, kedua-dua pengantin baru ini memberitahu yang mereka tidak menolak sekiranya diberikan rezeki awal.

leuniey mengandung

Sehingga ke hari ini, masih tiada pengumuman rasmi daripada mereka berdua mengenai perkara ini. Namun begitu, kemungkinan Leuniey dengan secara tidak sengaja telah memberitahu pengikutnya di Instagram bahawa dirinya kini sudah hamil menerusi salah satu gambar yang diupload ke applikasi sosial tersebut.

leuniey hamilNamun hal ini masih tidak boleh dipastikan kerana Leuniey sememangnya dikenali dengan gurauannya bersama rakan-rakan rapat. Lagipun kata-kata tersebut dikeluarkan oleh rakan baik Leuniey, Ezuwan Ismail dan bukannya daripada kata-kata Leuniey sendiri. Apa pun kalau betul hamil, tahniah diucapkan. Kalau belum, semoga dimurahkan rezeki dan dipercepatkan urusan.

Written by AbangNara | December 29th, 2012

Fuh ~~~ Peminat-peminat bola sepak Kelantan terutamaya dan peminat bola sepak Malaysia amnya bolehlah menarik nafas lega mendengar jaminan daripada penjaga gol mereka, Khairul Fahmi Che Mat yang lebih dikenali dengan nama Apek.

apek dan leuniey

Selesai sahaja majlis pernikahannya dengan Leuniey pada Jumaat lepas, Apek memberikan jaminan yang perkahwinan tidak akan menjejaskan prestasi permainannya. Kata Apek kepada Utusan Malaysia:-

Insya-Allah prestasi saya tidak akan terjejas, kita kena ambil positif, lihat David Beckham sebelum ini biarpun sudah berkahwin tetapi prestasinya tidak menurun malah semakin meningkat. Saya akan cuba kekalkan prestasi yang terbaik kerana ini adalah karier saya dan saya amat bertuah kerana Leuniey amat memahami karier saya sebagai seorang pemain bola sepak.

Biasanya memang mutu permainan pemain bola sepak akan lebih meningkat selepas perkahwinan. Ini kerana kehidupan yang lebih teratur, ada teman berbicara dan pemikiran menjadi lebih matang. Semoga dengan perkahwinan ini, karier Apek selaku penjaga gol akan maju setapak lagi. Sama-samalah kita doakan demi masa depan bola sepak negara kita juga!!!