Written by Bella | January 10th, 2017

Pelakon Anzalna Nasir menangis terharu apabila suaminya Hanif Zaki memberikan hadiah paling bermakna buat dirinya apabila menyambut hari kelahiran beliau yang ke 29 pada 9 Januari semalam di Paris.

Anzalna berkongsi detik paling indah dalam hidupnya itu menerusi akaun Instagramnya. Menerusi kapsyen yang ditulis, beliau meluahkan rasa syukur dengan kebahagiaan yang beliau rasai.

Its 12am in Paris and its my birthday! Dreams do come true.. Celebrating my birthday at one of the greatest city in the world Paris, France. @hanif_zaki u made me cry. Tears of happiness. Alhamdulillah. #9thJan.

Peminat Anzalna yang melihat betapa gembira dan terharunya Anzalna mendoakan agar rumah tangga beliau kekal sehingga ke akhir hayat dan rasa cinta Anzalna dan Hanif semakin bertambah setiap hari.

Wah, beruntung Anzalna mempunyai seorang suami yang romantis dan menghargai isterinya.

Untuk pengetahuan anda, Anzalna dan Hanif bercinta hampir 10 tahun lamanya dan Anzalna merupakan seorang wanita yang sering menyokong Hanif daripada belakang sejak dari zaman susah sehingga kini.