Written by AbangNara | January 6th, 2013

Rata-rata melahirkan rasa puas hati dengan keputusan Anugerah Juara Lagu 27 kali ini. Sememangnya lagu Terukir Di Bintang merupakan salah sebuah lagu favourite kerana rentaknya yang agak klasik dan liriknya yang mendalam. Jutaan tahniah diucapkan kepada Yuna dan Aizat atas kejayaan ini.

gambar karpet ungu ajl27

Yang penting, makcik Abang Nara jatuh cinta dengan kumis Aizat yang mengkacakkan dirinya ketika membuat persembahan menyanyikan lagu Yuna itu. Memang Aizat nampak lebih matang dan bergaya dengan kumis tersebut. Tak lupa juga ucapan tahniah kepada Hafiz yang mengungguli vokal terbaik buat kali ketiga berturut-turut.

gambar karpet ungu ajl27

39 lagi gambar sekitar karpet ungu Anugerah Juara Lagu 27 dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit sepenuhnya kepada Facebook TV3 Malaysia.

P.S: Gadget Apple bersalut emas.