November 17th, 2012

Sebentar lagi, tepat jam 9 malam menerusi Astro Ria (104) akan berlangsung majlis Anugerah Industri Muzik (AIM19). Pastinya ramai yang tertunggu-tunggu untuk melihat persembahan, keputusan dan barisan selebriti yang menghadiri AIM19. Abang Nara pun tengah teruja!!!

aim

Pengacara pada malam ini ialah Aznil Haji Nawawi dan Adibah Noor. Bagi anda yang tiada saluran Astro di rumah, boleh menonton siaran langsung AIM19 secara online di www.youtube.com/AstroGempak. Terima kasih kepada Astro atas inisiatif ini.

aim

Abang Nara akan update secara live keputusah penuh AIM19 di sini. Untuk ulasan secara sempoi, boleh follow Twitter BeautifulNara. Teruskan di BeautifulNara untuk info terkini, sensasi dan Abby Abadi ~~ (ok ini lawak hambar).

1. Lagu Nasyid Terbaik – Doa (Nora)
2. Lagu Pop Etnik Terbaik – Kuasa Cinta (Noraniza Idris & Black)
3. Lagu Hip Hop Terbaik – Aku Maafkan Kamu (Jamal Abdillah & Malique)
4. Lagu Inggeris Tempatan Terbaik – Counting Days (Jacyln Victor)
5. Artis Baru Terbaik – MOJO
6. Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu – Seperti Dulu (Forteen)
7. Video Muzik Terbaik – Sparkle (Yuna)
8. Lagu Pop Terbaik – Patah Seribu (Shila Amzah)
9. Lagu Rock Terbaik – Idola (Azlan & The Typewriter)
10. Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara – Sudah Cukup Sudah (Nirwana Band)
11. Anugerah Kembara – Mizz Nina
12. Anugerah Sri Wirama – Alleycats
13. Persembahan Vokal Terbaik Lelaki Di Dalam Lagu – Jamal Abdillah (Bahagia Sementara)
14. Persembahan Vokal Terbaik Wanita Di Dalam Lagu – Jacyln Victor (Counting Days)
15. Album Terbaik – SalamMusik
16. Lagu Terbaik – Shila Amzah (Patah Seribu)

October 6th, 2012

Penyanyi yang tidak asing lagi, Yuna menyinar dengan enam pencalonan untuk Anugerah Industri Muzik (AIM) 19.

Yuna tercalon untuk Kulit Album Terbaik (Terukir Di Bintang), Video Muzik Terbaik (Sparkle), Lagu Pop Terbaik (Terukir Di Bintang), Lagu Inggeris Tempatan Terbaik (Memo dan Photo Of You) Susunan Muzik Terbaik Dalam Lagu (Terukir Di Bintang).

Mengekori beliau ialah Jaclyn Victor, dengan lima pencalonan. Jaclyn mendapat dua pencalonan iaitu Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Counting Days dan Jagalah Diri), dua lagi unuk Lagu Pop Terbaik (Sebelah Jiwaku dan Jagalah Diri) dan satu untuk Lagu Inggeris Tempatan Terbaik (Counting Days).

Pelakon West End dan penyanyi Stephen Rahman Hughes menerima tiga pencalonan, untuk Artis Baru Terbaik, Persembahan Vokal Lelaki Terbaik and Susunan Muzik Terbaik Dalam Lagu untuk Bertemu Di Syurga.

Yuna, Jaclyn dan Stephen tidak hadir di majlis pengumuman kerana komitmen lain, tetapi  penyanyi yang hadir iaitu Shila Amzah telah menerima dua pencalonan AIM 19. Kata Shila:-

Tahun ini rasanya seperti tahun untuk saya. Selepas menang Asian Wave, saya pulang dan  telah dicalonkan untuk Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu dan Lagu Pop Terbaik untuk Patah Seribu. Apa yang istimewa ialah saya telah menulis sendiri lagu tersebut. Ia lagu yang sedih, tetapi bukan menceritakan tentang saya.

465 pencalonan telah diumumkan untuk AIM tahun ini dan 80 calon telah dipilih. Juri terdiri dari 57 orang pencipta lagu dan penerbit yang diketuai oleh komposer Adnan Abu Hassan.

Penyanyi Stacy, yang dicalonkan untuk  Album Terbaik untuk lagu dance-pop Stay-C dan Video Muzik Terbaik untuk Pelangi Senja, turut hadir di majlis itu. Rasanya belum terlewat untuk memaparkan video Stacy, Pelangi Senja di sini:-

Sumber.