Written by Bella | July 29th, 2019

Bahang kehangatan anugerah berprestij, Anugerah Bintang Popular Berita Harian kini kembali untuk edisi ke 32.

Bertemakan ‘Melangkaui Sempadan’, ABPBH 32 pada tahun ini memperkenalkan kategori baharu membabitkan artis antarabangsa iaitu Artis Korea Popular.

Antara yang tercalon adalah artis popular seperti BTS, Blackpink, Gong Yoo dan ramai lagi. Menurut Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengelola ABPBH 32, Shamshul Azree Samshir berkata, kategori itu diwujudkan bagi memberi penghargaan kepada artis antarabangsa yang mencipta nama di Malaysia.

Dengan kategori baru yang dicalonkan ini, pastinya ABPBH 32 akan mendapat sambutan yang lebih hangat. Umum mengetahui, rakyat Malaysia memang sedang obses dengan Kpop sekarang.

Untuk mengundi anda boleh layari https://www.abpbh.com.my/undian/am/artis-korea-popular. Siapa artis korea kegemaran anda?

Sumber Berita : Harian Metro & ABPBH