March 11th, 2016

Merencana untuk menunaikan Umrah dua tahun lagi bersempena dengan ulangtahun ke sepuluh perkahwinannya bersama suami Omar Sharif Christopher Layton Dalton, Ning Baizura sudah membuat persiapan lebih awal dengan mendalami ilmu agama.

Semuanya bermula apabila Omar mula terbuka hati untuk melakukan ibadah tersebut bersama Ning dan ia merupakan detik yang indah buat penyanyi tersebut kerana sudah lama mengimpikan perkara yang sama.

Hampir 10 tahun berkahwin dan ada pasang surutnya, Ning mengakui segala dugaan menguatkan lagi cinta mereka berdua.

Dua tahun lagi tempoh yang ada bagi membuat persiapan untuk ke sana juga bererti usia perkahwinan kami genap 10 tahun. Ia cukup membahagiakan saya.

Biasalah, dalam rumah tangga pasti ada pasang surutnya. Bagaimanapun kami berusaha untuk terus mengukuhkan rumah tangga kami. Ia juga proses yang lebih mematangkan kami berdua. Insya-Allah, Tuhan akan membantu mereka yang tidak pernah berputus asa.

Demi mempersiapkan diri untuk menjejakkan kaki ke tanah suci, Ning mengupah seorang ustazah untuk mengajar beliau dan suami di rumah. Ini adalah peluang untuk mereka memperbaiki diri dan menambah lagi ilmu agama.

Dua tahun ini juga menjadi ruang untuk saya dan suami memperbetulkan kelemahan yang ada, termasuk dalam bab agama.

Alhamdullillah, meskipun lambat lagi Ning dan suami hendak menunaikan umrah, persediaan yang mereka lakukan harus dipuji. Iyalah, nak ke tanah suci ini kita perlu betul-betul  bersedia baik dari segi mental,fizikal dan rohani. Semoga segala persiapan mereka berdua berjalan dengan lancar. Amin..

Sumber Berita : BH ONLINE

February 5th, 2013

Di dalam entri kelahiran anak sulung Ning Baizura yang diberi nama Ryan Sky Dalton, ada pihak yang mempersoalkan maksud nama tersebut. Malah ada yang berpendapat nama yang diberi oleh Ning terlalu “omputeh” dan tidak membawa sebarang makna.

ryan sky dalton

Hari ini, Ning menerusi laman Facebook Ning Baizura tampil menjelaskan maksud nama yang diberikan kepada anak sulungnya itu. Secara ringkas, menurut Ning, Ryan membawa makna “kebijaksanaan” , “pintu syurga” atau “wangian“.

ryan

Mungkin ada yang mempersoalkan ejaan nama anak Ning. Menerusi pemerhatian Abang Nara, ejaan di setiap negara di dalam rumi adalah berbeza. Ada kawan Abang Nara namanya dieja dengan “Ahmed” dan bukannya “Ahmad” seperti kebanyakan orang. Diharap dengan penjelasan ini, anda semua akan melapangkan dada.

beautskin

January 31st, 2013

Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Ning Baizura yang telah selamat melahirkan bayi lelaki pada 31 Januari 2013, jam 3:06 pagi di Kuala Lumpur. Hari ini juga amat teristimewa kerana ianya hari ulangtahun perkahwinan Ning dan Chris yang ke 5.

anak ning baizura

Kedua-dua ibu dan bayi berada dalam keadaan sihat. Tak sabar rasanya nak menatap kecomelan anak Ning Baizura. Semoga Ning sudi berkongsi gambar anaknya dalam masa terdekat ini. Buat Ning dan suami, tahniah sekali lagi Abang Nara ucapkan. Selamat datang ke dunia ibu dan ayah.

December 6th, 2012

Setahu Abang Nara, dalam banyak-banyak selebriti yang bersalin, hanya isteri Sheikh Muszaphar iaitu Dr. Halina yang telah melahirkan anak menggunakan kaedah di dalam air. Daripada pembacaan Abang Nara juga, kaedah ini masih terlalu baru dan tidak meluas digunakan di Malaysia.

ning baizura hamil

Takut dengan risiko yang perlu diambil, lebih-lebih lagi ini merupakan anak sulungnya, Ning Baizura akan menggunakan cara biasa ketika bersalin kelak. Kata Ning kepada Mstar Online:-

Walaupun bersalin dalam air sudah menjadi satu perkara yang biasa di United Kingdom dan Amerika Syarikat, tetapi saya tidak yakin untuk melakukannya kerana di negara ini pendedahan kaedah itu masih baru. Difahamkan pula, ia memerlukan pelbagai persiapan rapi sebelum menempuh proses kelahiran bayi. Apabila orang berkata tentang keburukannya di mana bayi yang dilahirkan mungkin boleh lemas walaupun peratusannya sangat kecil, saya enggan ambil risiko. Biarlah anak ini dilahirkan normal dan asalkan dia sihat, itu sudah lebih daripada cukup.

ning baizura

Secara teorinya, bersalin di dalam air tidak akan melemaskan anak di dalam kandungan kerana sememangnya bayi sudah biasa dengan keadaan tersebut di dalam air. Salah satu kelebihan bersalin di dalam air ialah kurangnya rasa sakit. Namun kalau tak yakin, beranak secara kaedah biasa pun ok. Yang penting semuanya selamat. Tak gitu?

P/S : Gudang.my kini menjalankan YEAR END SALE (YES) mereka utk tahun 2012 ini. Click sini utk terus membeli. JANGAN LEPASKAN PELUANG SETAHUN SEKALI INI!