Written by AbangNara | January 6th, 2014

Lama tidak mendengar khabar mengenai penyanyi keluaran Akademi Fantasia ini. Kali terakhir Abang Nara berkongsi informasi mereka ialah ketika kelahiran anak pertama pasangan ini iaitu Danish sekitar tahun 2009.  Terbaru Sabtu lalu kira-kira jam 6.56 petang, Danish telah pun menjadi seorang dengan kelahiran anak kedua pasangan ini.

anak kedua khai dan rosma

Menerusi akaun Instagramnya, Rosma menulis:-

Inilah buah hati terbaru kami..skrg danish dh jd abg yeayy!!.. Tq kpd semua yg mendoakan rosma.alhamdulillah,rosma selamat bersalin pd hari sabtu,pukul 6.56ptg.name kami akan bg tau nanti yek.

anak kedua khai dan rosma

Tidak diketahui pula jantina anak kedua Khai dan Rosma. Apa pun yang penting bayi tersebut telah selamat dilahirkan. Semoga kebahagiaan keluarga ini bertambah seiring dengan penambahan cahaya mata. Tahniah Khai dan Rosma.

P.S: Peugeout 2008 Urban SUV dilancarkan pada harga RM119,888