November 28th, 2010

johan raja lawak

Akhirnya Johan Raja Lawak mengakui yang dia sudah berkahwin dengan Ozlyn 5 tahun yang lalu. Mereka berdua sebenarnya dah berkahwin sebelum Johan bergelar artis lagi. Ingat lagi gambar berpeluk Johan dengan Ozlyn? Itu semua sebenarnya adalah halal sebab diorang dah berkahwin dah pun.

Dan untuk pengetahuan anda, gambar seorang kanak-kanak bersama Johan dan Ozlyn yang pernah tersebar suatu ketika dahulu adalah anak mereka berdua. Maka terjawaplah persoalan anak yang dilahirkan tahun ini, yang dikatakan tidak cukup bulan tetapi lahir dengan berat 4kg. Sebenarnya mereka memang sudah bergelar suami isteri sebelum itu lagi. So tiada apa-apa masalah.

Kami faham kadang-kadang sukar untuk artis mengakui yang mereka sudah berkahwin kerana takut populariti jatuh merudum. Dan kami respek dengan Johan sebab akhirnya mengaku jugak. Apa-apa pun, kami doakan agar rumah tangga mereka bahagia sehingga ke akhir hayat. Sumber berita BiPop.

Advertisement
March 10th, 2010

johan raja lawak

Dulu kami tak berapa suka sangat dengan si Johan Raja Lawak nie. Sebabnya masa tue kami ingat bagi kenyataan yang agak poyo pasal gambar dia berpelukan dengan Ozlyn. Sedangkan pantai lagi berubah, inikan pula hati manusia. Sekarang ini kami tabik dan respek kepada Johan sebab kenyataan dia yang tersangatlah machonya. Cuba korang baca:-

[note]Jika artikel yang ditulis tentang saya hanya berunsur fitnah dan boleh memburukkan nama baik dan karier, lebih baik tak payah beri publisiti pada saya langsung. Saya faham dan hormati tugas wartawan tapi jika setakat menulis cerita-cerita tidak betul yang menyelak kisah ‘dalam kain’ saya dan keluarga, lebih baik jangan tulis apa-apa tentang saya langsung. [/note]

Pergh. Pedas jugak kata-kata si Johan nie. Tapi kenyataan dia belum tamat lagi di situ.

[note]Adakah wartawan itu atau orang luar mengenali saya sedalamnya? Hanya keluarga saja yang tahu siapa diri saya.  Apabila wartawan itu tampil dengan penulisan yang mencalar nama saya tanpa mendapatkan penjelasan saya, tentulah saya tidak senang. [/note]

Dan kami paling suka kenyataan terakhir dari Johan nie. Memang macho dan menampakkan kematangan sebagai seorang suami dan seorang ayah.

[note]Jika wartawan itu benar-benar bersikap terbuka dan beretika, tentu dia berani untuk bertanya dan berbincang dengan saya terlebih dahulu dan bukannya menulis cerita bukan-bukan tentang saya tanpa usul-periksa. Terus-terang saya katakan, saya tidak perlukan sebarang publisiti yang hanya merosakkan nama saya dan keluarga. [/note]

Tahniah buat Johan Raja Lawak  yang mempersetankan wartawan-wartawan hiburan demi anak, isteri dan keluarga yang tercinta. Memang lelaki sejati. Apa-apa hal pun, family comes first. Benda lain belakang kira. Kan Johan kan?

Advertisement