April 15th, 2016

Agak jarang kita boleh lihat Fizz Fairuz berlakon dalam mana-mana drama sejak kebelakangan ini, ramai yang tertanya adakah Fizz kini sudah tidak berminat untuk aktif dalam bidang lakonan?

Namun, menurut Fizz beliau sebenarnya sudah kurang mendapat tawaran berlakon. Jelas Fizz beliau tidak merasa sedih ataupun terkilan dan mengakui zaman kegemilangan beliau sudah berakhir.

Sebagai pelakon saya terima hakikat zaman kegemilangan saya sudah pun berkahir dan ia kitaran biasa.

Jika dahulu adalah masa saya sekarang giliran bakat-bakat baharu pula untuk mencipta nama sebagai pelakon.

Menggunakan masa yang ada sekarang, Fizz sudah membuka syarikat produksi beliau sendiri dan sedang mengintai peluang untuk bergelar pengarah serta penerbit pula.

Saya masih dalam industri dan saya ada perancangan tersendiri untuk membawa karier saya ke tahap lebih tinggi.

Alhamdulillah sebagai permulaan saya sudah pun membuka syarikat sendiri iaitu Rain Maker Creative Sdn Bhd untuk menghasilkan drama atau pun filem termasuk pengurusan acara.

Dunia hiburan ini ada jatuh bangunnya sendiri, popular itu hanya sementara dan jika anda tidak betul-betul berbakat agak susah untuk bertahan dalam industri.  Sebab itu kalau boleh setiap pelakon harus melakukan pelbagai persediaan untuk meneruskan kehidupan di masa hadapan sekiranya tawaran berlakon sudah berkurangan.

Sumber Berita : mStar Online

April 28th, 2015

Selaku seorang ayah, Abang Nara memahami perasaan Fizz Fairuz apabila majlis cukur jambul dan akikah anak sulungnya, Nur Afrina Arianna dikutuk terlalu mewah dan membazir. Sedih tau bila kita buat yang sebaik mungkin untuk anak tetapi orang anggap melebih-lebih. Sedangkan selaku seorang ayah, pasti kita mahu yang terbaik dan paling penting, masih dalam kemampuan. Apabila ada yang beranggapan pembaziran berlaku hanya berdasarkan pemerhatian menerusi gambar, sedikit sebanyak mesti hati akan terluka. Tak gitu?

nur afrina

Bagi Fizz Fairuz, pihak yang mengutuk dan mengkritik majlis akikah anaknya adalah mereka yang tidak bertamadun. Kata Fizz Fairuz:-

Apa yang saya lakukan itu adalah mengikut kemampuan dan rezeki saya. Tidak lebih… mahupun kurang. Hanya orang yang tidak bertamadun sahaja yang membuat pertikaian seperti itu tetapi biarlah mereka sekadar berkata-kata tanpa tahu situasi sebenar.

Jika diikutkan majlis itu biasa sahaja tetapi mungkin nampak mewah kerana hiasannya dan liputan diberikan pihak media. Saya tahu sejauh mana kemampuan dan apa yang kami lakukan itu adalah semata-mata untuk meraikan anak kami dan melakukan akikah untuknya.

Kalau balas pun(kritikan dan kutukan) saya tidak dapat apa-apa. Mereka berhak bersuara tetapi janganlah melampau.

fizz fairuz

Mungkin mereka yang mengutuk ini belum berkahwin dan tidak lagi mempunyai cahaya mata. Kalau dah ada nanti, barulah faham perasaan seorang ayah yang mahukan hanya yang terbaik untuk anak sendiri. Tak apalah. Tindakan Fizz Fairuz buat tidak tahu dengan kritikan tersebut adalah satu tindakan bijak. Kalau layan buat pening kepala sendiri je. Yang penting majlis telah berjalan lancar dan Fizz sekeluarga gembira dengan majlis tersebut. Tak gitu? Sumber Mstar Online.

bestbuyworldP.S: Jangan tidak tahu yang hari nie merupakan hari TERAKHIR jualan murah produk Clinique di Best Buy World. Harga yang ditawarkan memang luar biasa murah dari harga semasa.Potongan produk Clinique sehingga 70%!!! Kalau anda ingin berjimat, inilah masanya. Jom segera ke Best Buy World.