November 19th, 2019

Kalau anda nak tahu, Datuk Seri Eizlan Yusof telah pun mengakhiri perkahwinannya selama 8 tahun bersama Vie Shanti Khan pada tahun 2015. Menerusi perkahwinan itu, dia dikurniakan tiga orang cahaya mata merangkumi dua anak perempuan dan seorang anak lelaki.

Setelah hampir 4 tahun menduda, ramai yang tertanya-tanya sama ada pelakon lelaki itu akan mencari suri hati yang baru. Walaubagaimanapun, menurut khabar angin yang bertiup kencang, dikhabarkan dia bakal berkahwin pada bulan Disember nanti.

eizlan yusof bakal berkahwin dengan tajaan 2 juta

Namun begitu, lelaki itu sendiri telah tampil dan menafikan perkhabaran itu.

Insya-Allah segala persoalan akan terjawab pada sidang media yang akan dibuat pada 2 Disember ini. Sama ada apa yang diperkatakan selama ini betul atau tidak, sama-sama kita tunggu nanti. Harap semua sabar.

Bukan sahaja isu perkahwinannya itu yang menjadi buah mulut orang ramai, bahkan ada spekulasi mengatakan bahawa Eizlan telah menerima tajaan sebanyak RM 2 juta untuk majlis yang kononnya bakal berlangsung pada bulan depan itu.

Kalau tarikh kahwin pun orang boleh berteka-teki, inikan pula mengenai penajaan. Tak apa, biarlah sidang media nanti menjawab segala persoalan. Saya anggap apa saja yang diberitakan sebelum ini sebagai satu doa.

Pelakon veteran ini juga mendedahkan bahawa dia kini sibuk menguruskan perniagaannya serta beberapa projek drama yang dilakonkannya. Jadi, dia tiada masa untuk melayan semua gosip ini.

eizlan yusof bakal berkahwin dengan tajaan 2 juta

Tunggu sahajalah sidang media yang bakal berlangsung pada 2 Disember nanti. Mungkin segala persoalan netizen bakal terjawab menerusi kenyataan rasmi Eizlan sendiri.

Sumber: MyMetro

October 19th, 2015

Mengakui masih lagi menyimpan perasaan sayang selain tidak pernah bermusuhan walaupun sudah bercerai, pelakon popular Datuk Eizlan Yusof sedang dalam usaha untuk memujuk bekas isterinya  Vie Santhie Harun untuk kembali bersama.

Hubungan kami masih baik dan Vie juga banyak membantu dalam menjaga kebajikan anak-anak. Bahkan dia juga tidak pernah menghalang bila saya mahu bersama dengan anak-anak pada bila-bila masa.

Anak-anak juga pada saya cukup bertuah memiliki ibu seperti Vie yang menjaga sebaik mungkin kebajikan anak-anak. Memang saya mengharap untuk kembali dan berusaha ke arah itu. Doa-doakan ia berjaya.

Mereka berkahwin selama tujuh tahun sebelum disahkan bercerai sekitar bulan Februari tahun ini  selepas pihak mahkamah mendapati  lafaz cerai yang diucapkan oleh pelakon itu terhadap isterinya pada 28 September 2014 adalah sah.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Vie Zaara, Zareef Yusof dan Vie Zaalia .

Jika masih ada perasaan kasih dan cinta, apa salahnya untuk memberikan peluang kedua untuk kembali bersama seperti dahulu. InshaAllah, kali ini mungkin masing-masing sudah sedar akan kesilapan dalam diri bukan? Harapnya harapan Datuk Eizlan Yusof untuk rujuk bersama bekas isterinya itu dipermudahkan.

Sumber Berita: Sinar Harian