Written by Bella | July 1st, 2019

Jutaan tahniah diucapkan kepada pasangan Amyra Rosli dan Amar Baharin yang tidak lama sahaja lagi bakal menimang cahaya mata kedua.

Berita gembira ini telah disampaikan oleh Amar sendiri menerusi akaun Instagramnya dimana isterinya sedang hamil tiga minggu.

Bersempena dengan ulang tahun kelahiran Amar yang ke 34 semalam, Amyra membuat kejutan istimewa  dengan memaparkan alat ujian kehamilan yang menunjukkan tanda positif. Tentunya, ia hadiah paling bermakna buat Amar.

Sebelum ini, pasangan ini yang mendirikan rumah tangga pada tahun 2016 telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Aqeef Anaqi yang kini berusia dua tahun.

Tahniah sekali lagi dan semoga segalanya berjalan lancar buat Amyra untuk kehamilan anak kedua ini. Sama-sama kita doakan.

Written by Bella | April 9th, 2019

Drama Nur 2 yang mula ditayangkan sejak minggu lalu mendapat sambutan hangat daripada penonton. Setiap hari tayangan pasti ia akan ‘trending’ di Twitter.

Memaparkan realiti sebenar dimana ada juga ustaz penunggang agama serta realiti dunia pelacuran ada beberapa babak panas dan ‘daring’ dipaparkan di dalam drama tersebut.

Bagaimanapun, ada sesetengah babak agar sukar diterima golongan tertentu. Dakwa mereka ada adegan yang keterlaluan dan tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak.

Susulan itu, pengarah drama Nur 2, Shahrulezad Mohammeddin tampil memberikan penjelasan. Katanya, drama arahannya itu memang tidak sesuai untuk ditonton oleh kanak-kanak dan sebab itu ia diklasifikasikan sebagai P13. Kategori ini untuk penonton berumur 13 tahun keatas dengan bimbingan ibu bapa.

Shahrulezad juga meminta sesiapa sahaja yang tidak selesa dengan adegan yang ada di dalam Nur 2 supaya tidak menonton drama tersebut.

Betul juga apa yang dikatakan oleh pengarah drama Nur 2, memang sudah ada klasifikasi tertentu dan menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memantau setiap kandungan di televisyen. Kalau rasa hendak tonton, pastikan anak-anak sudah tidur atau gunalah medium lain yang sesuai.

Written by Bella | April 3rd, 2019

Semalam, ramai yang sangat teruja menonton episod pertama drama Nur 2, sejuk hati apabila babak pembukaan dimulakan dengan alunan ayat-ayat suci  Al -Quran, namun ada netizen menegur terdapat beberapa kesalahan bacaan Al-Quran yang dibaca oleh pelakon Raja Atiqullah.

Seorang pengguna Twitter, tampil menegur kesilapan pengarah drama tersebut tentang beberapa kesalahan besar dan jelas menerusi petikan bacaan surah Al Imran ayat 96 hingga 99.

 

 

Tidak cepat melatah, pengarah Shahrulezad Mohameddin tampil memohon maaf dan mengambil sepenuh tanggungjawab terhadap kesilapan tersebut.

Malah, Raja Atiqullah juga dengan rasa rendah diri turut meminta maaf atas kekhilafannya itu dan menerima segala teguran dengan hati terbuka.

Rata-rata netizen turut memuji sikap positif Shahrulezad  yang tidak malu untuk menyatakan kesilapannya dan berusaha untuk membetulkan keadaan.

Harapnya apa yang berlaku ini boleh dijadikan pengajaran untuk pengarah dan pembikin drama yang lain di luar sana. Kalau bab ayat suci Al-Quran ini memang kita tidak boleh bawa main-main.

Sumber Berita : Afifi Hassan

Written by Bella | April 2nd, 2019

Drama fenomena yang diarahkan oleh Shahrulezad Mohameddin iaitu Nur 2 akan mula ditayangkan malam ini menerusi slot Samarinda di TV3 pada jam 10 malam.

Ramai yang sudah tidak sabar untuk mengetahui sambungan kisah Ustaz Adam lakonan Syafiq Kyle dan juga Nur lakonan Amyra Rosli.

Menerusi beberapa video yang dimuat naik di Instagram, debaran kian terasa apabila kehadiran pelacur bernama Juwita lakonan Azar Azmi menguji kesetiaan Ustaz Adam pada isterinya. Mampukah Ustaz Adam menahan godaan Juwita?

Drama terbitan Radius One Sdn Bhd ini menampilkan gandingan pelakon hebat lain seperti Datuk Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Noorkhiriah, Azhan Rani dan  Riena Diana. Sama-sama kita nantikan episod pertama malam ini, memang tidak sabar untuk ketahui apa lagi konflik yang bakal berlaku dalam Nur 2.

Kredit Video : TV3 Malaysia & Radius One Sdn Bhd