June 22nd, 2015

Seringkali apabila seseorang selebriti berhijrah menutup aurat sepenuhnya, memang ada cerita di sebalik penghijrahan tersebut. Seronok juga membaca pengalaman yang dikongsikan oleh mereka. Kadangkala ‘the simplest thing’ menjadi pendorong buat manusia untuk berubah menjadi lebih baik. Baru bertudung penuh baru-baru ini, Amy Mastura berkongsi punca penghijrahannya kepada imej berhijab.

amy mastura

Menurut Amy Mastura yang kini berusia 44 tahun, sebuah sesi fotografi untuk hari raya yang memerlukan dirinya bertudung telah menjadi punca penghijrahannya. Kongsi Amy:-

Hasrat untuk memakai tudung itu sudah lama saya simpan tetapi tidak tahu mahu bermula dari mana selain masih belum bersedia. Alhamdulillah sesi fotorgrafi yang memerlukan saya bertudung menjadi punca saya teruskan imej berkenaan sehingga sekarang.

Masih banyak yang saya perlu perbaiki tentang diri sendiri dan menutup aurat ini adalah salah satu langkah kecil dan berharap peminat sentiasa mendoakan saya agar dapat menjadi muslimah lebih baik selepas ini

amy mastura

Sesungguhnya hidayah dan petunjuk daripadaNya datang daripada pelbagai bentuk, sudut dan arah. Cuma kita selaku manusia perlu membuka hati untuk menerimanya. Sedikit sebanyak perlu ada persediaan untuk berhijrah ke arah lebih baik. Kalau hati sudah terbuka, hanya perlu dijentik sahaja untuk memberikan kekuatan membuat penghijrahan. Tahniah buat Amy Mastura dan sesungguhnya anda nampak seperti baru berumur 24 tahun apabila bertudung. Kipidap!!! Sumber Mstar Online. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
amy mastura

P.S: Gila apa dah dapat anak satu tapi album kahwin tak dapat-dapat lagi. Lagi sedih bila call photographer, janji manis terus diberi tapi album hilang entah ke mana. Menangis air mata darah pun tak guna. Sebab itulah kena ambil photographer seperti Ryaniez Moments Photography yang menjanjikan album anda siap dalam masa 6 minggu. Orang kata tengah darah manis lagi dah dapat pegang album kat tangan. Silalah SMS/Whatsapp/telefon 019-204-4408 untuk buat tempahan atau LIKE Facebook Ryaniez Moments Photography untuk info lanjut.

amy mastura

amy mastura
amy mastura
amy mastura

June 8th, 2015

Amy Mastura ini sebenarnya boleh dikategorikan salah satu keajaiban dunia. Sejak dari awal kemunculannya sehinggalah ke hari ini, muka maintain sama. Muka sekarang sama dengan muka 20 tahun dulu. Tetap cantik, muda dan menawan. Telah mula bertudung sepenuhnya baru-baru ini, kejelitaan Amy Mastura semakin terserlah dengan penghijrahannya ini.

amy mastura bertudung

Comel kan? Semoga Amy Mastura diberikan kekuatan dan terus istiqamah dalam penghijrahannya ini. Sama-samalah kita doakan. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram Amy Mastura.

amy mastura bertudung
amy mastura bertudung
amy mastura bertudung
amy mastura bertudung
amy mastura bertudung

June 5th, 2015

Alhamdulillah. Selepas Erra Fazira, kini Amy Mastura juga telah mengambil keputusan untuk berhijrah dan mengenakan tudung sepenuhnya. Berita gembira ini telah diketahui menerusi akaun Instagram jurusolek selebriti comel ini, Alha Alfa. Tahniah diucapkan dan semestinya ini adalah berita gembira lebih-lebih lagi dengan kehadiran bulan Ramadhan dalam masa terdekat ini.

amy mastura

Amy Mastura yang sememangnya sudah comel kelihatan makin jelita dan ayu mengenakan tudung. Kata Amy Mastura tentang penghijrahannya ini:-

Sudah lama saya berniat ke arah ini tapi Alhamdulillah semuanya jadi tanpa paksaan sesiapa. Saya tidak merancang tetapi ini kewajipan saya sebagai wanita Muslim.

Ikutkan saya merancang untuk semua ini sempena mengambil keberkatan Ramadan tapi pintu hati saya terbuka lebih awal. Perkara yang baik tak perlu ditangguh tangguh.

amy mastura

Semakin hari semakin ramai selebriti wanita yang bertudung untuk memenuhi tuntutan syarak agama Islam. Alhamdulillah. Ini satu perkembangan yang sangat awesome. Semoga mereka akan terus dikurniakan semangat untuk istiqamah. Sama-sama kita doakan. Tahniah Amy!!! Sumber Berita Harian.

amy masturaP.S: Filem cinta Thailand ‘Love Is’ yang cukup menyentuh perasaan kini sudah mula ditayangkan di pawagam. Confirm menangis punya tengok. Orang-orang Thailand memang power bab-bab buat filem yang mengalirkan air mata. Sila sediakan tisu sebelum pergi tonton filem hebat lakonan Pongsakorn Mettarikanon dan Dhanantorn Neerasingh ini. Info lanjut di www.gscmovies.com.my.