November 15th, 2015

Minggu ke 5 menyaksikan Amir Ukays tersingkir daripada Gegar Vaganza 2. Ini adalah satu keputusan yang munasabah oleh para juri selepas persembahan biasa-biasa Amir ketika menyanyikan lagu “Yank” daripada Wali Band. Apa pun, yang paling mencuri perhatian Abang Nara minggu ini ialah Haiza. Hebat sungguh Haiza menyanyikan lagu Rela. Pergh. Sampai tertanya-tanya Abang Nara kenapa Haiza memilih genre dangdut pada zaman kegemilangannya dengan suara sehebat ini.
haiza gegar vaganza 2
Selain itu, seperti yang dijangkakan, Nassier Wahab, Faradhiya dan Nizam Laksamana terus menunjukkan prestasi yang membanggakan. Minggu ini Gegar Vaganza 2 tiada kontroversi cuma ada beberapa individu tidak menggemari lawak meniru gaya Jamal Abdillah yang telah dilakukan oleh Achey dan juga Ajak Shiro. Namun itu adalah bertujuan untuk mempromosikan program terbaru Astro.

haiza gegar vaganza 2
Selain itu, gimik penyingkiran pengacara Nabil serta Jihan dan digantikan oleh Kak Engku dan Salih Yaakob juga menjadi. Tergelak besar Abang Nara. Ternyata sorakan para peminat menyebelahi Nabil dan Jihan. Sesungguhnya gabungan Nabil dan Jihan memang perfect. Teruskan usaha. Apa pendapat anda tentang konsert Gegar Vaganza 2 minggu ke 5?