August 5th, 2020

Menzahirkan rasa terharu terhadap sokongan yang diterimya daripada orang ramai khususnya para peminat yang tidak putus menyokong karier lakonannya selepas namanya hangat diperkatakan baru-baru ini, pelakon berbakat besar Amerul Affendi akui amat berterima kasih buat semua.

Amerul Afendi Terharu Sokongan Luar Biasa Daripada Peminat

Hal ini demikian kerana, sokongan yanga diterimanya amatlah luar biasa sehingga beliau dikhabarkan berjaya meraih kira-kira 200,000 pengikut di laman Instagram dalam masa tiga hari sahaja.

“Ratusan ribu terima kaseh buat saudara saudari budiman yang prihatin akan permasalahan yang berlaku kepada saya baru-baru ini sehingga kalian menunjukkan sokongan yang sangat luar biasa.”

Bagaimanapun, Amerul dilihat langsung tidak kisah dengan segala tanggapan segelintir pihak mengenai dirinya. Hal ini kerana, ia bertujuan untuk mengangkat martabat anak seni dan yakin supaya ushanya ini tidak memberi kesan yang sama buat pelapis akan datang yang mahu menceburi bidang seni tempatan.

Amerul Afendi Terharu Sokongan Luar Biasa Daripada Peminat

“Apakah benar nanti jika lantang bersuara job (rezeki) akan kurang? Jika benar itu terjadi biarlah saya menempahnya. Asalkan yang terkemudian selepas saya tidak mengalami masalah yang sama.”

Lebih mengejutkan, kenyataan itu mendapat perhatian penyanyi Yuna yang beranggapan bahawa pelakon tersbeut seorang yang berbakat dalam bidang lakonan.

Amerul Afendi Terharu Sokongan Luar Biasa Daripada Peminat

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya menzahirkan rasa teruja dengan pencapaian yang diterima Amerul kini. Sehinnga kini, jumlah pengikut Amerul dilihat hampir mencecah 300,000 pengikut di laman Instagram

Terdahulu, Amerul tampil meluahkan rasa kecewanya apabila pengarah kini hanya gemar memilih pelakon yang memiliki jumlah pengikut yang ramai berbanding bakat yang dipertaruhkan dalam bidang lakonan.

July 28th, 2020

Jika anda penggemar drama indi tempatan, pasti mengenali susuk tubuh pelakon berbakat ini iaitu Amerul Affendi. Berilah apa saja watak untuk dibawa dalam sesebuah drama, sudah pasti akan dipersembahkan dengan hasil yang terbaik.

Namun, walaupun berbakat di medan seni lakonan, jarang sekali untuk kita lihat kelibatnya dalam mana-mana drama ‘mainstream’ yang ditayangkan ketika ini.

Menurut Amerul, ramai pihak terutamanya stesen Televisyen tidak mahu mengambilnya berlakon selagi pengikut di laman instagram miliknya tidak mencapai lebih 500,000 pengikut.

Disebabkan itu, pemilik nama Mohd Amerul Affendi Mohd Mawardi ini tampil bertanyakan kepada netizen tentang apa yang harus dia lakukan memandangkan dia enggan menggunakan jalan pintas dengan membeli ‘followers’ di Instagram.

Dia meluahkan perasaan tersebut menerusi ruangan twitternya dan ternyata telah mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya memang sudah sedia maklum mengenai kehadiran Amerul di bidang lakonan industri tempatan.

Sebelum ini, Amerul pernah meluahkan kekecewaan apabila namanya sering digugurkan oleh sebuah stesen TV kerana tidak mempunyai kriteria yang dikehendaki.

View this post on Instagram

Partner in crime Belut & Shameen #KLGU2 #iflix

A post shared by Perakam Sejarah (@amerul_affendi) on

 Namun, peminat yang menghargai bakat lakonan Amerul tampil memberikan semangat malah turut mendapat perhatian rakan artis seperti Bront Palarae dan Sharifah Amani.

 Amerul Affendi sebelum ini pernah mencipta kejayaan di Anugerrah Festival Filem Antarabangsa Asean (AIFFA) pada tahun 2019 lalu dengan menggondol trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi filem Crossroads : One Two Jaga.

Sumber : mStar Online