February 23rd, 2015

Kehadiran Nora Danish di mana-mana majlis anugerah sememangnya akan mencuri perhatian ramai. Walaupun sudah berusia 30-an, Nora tetap tampak muda dan macam budak baru lepas SPM. Wajahnya yang keanak-anakan memang menyebabkan ramai yang jatuh cinta dengannya. Di Anugerah MeleTOP Era 2015, Nora Danish bergandingan dengan Datuk Rosyam Noor untuk menjadi penyampai anugerah buat salah satu kategori yang dipertandingkan.

nora danish anugerah meletop era

Semoga tahun 2015 ini Nora Danish akan dimurahkan rezeki, dipermudahkan kehidupan dan cepat-cepat dipertemukan jodoh dengan insan yang teristimewa. Pasti ramai yang tak sabar mahu menatap kelibat Nora di atas pelamin. Sama-samalah kita doakan. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

nora danish anugerah meletop era

nora danish anugerah meletop era

nora danish anugerah meletop era

nora danish anugerah meletop era

nora danish anugerah meletop era

nora danish anugerah meletop era

nora danish anugerah meletop era

nora danish anugerah meletop era

February 23rd, 2015

Penganjuran Anugerah MeleTOP Era sudah masuk tahun ketiga. Setiap tahun ia bertambah baik dan berjalan dengan semakin lancar. Tahun ini gabungan pengacara-pengacaranya iaitu Neelofa, AC Mizal, Nabil, Zizan dan Johan memang menjadi. Abang Nara suka bahagian sketsa apabila mahu memperkenalkan penyanyi yang akan buat persembahan. Kelakar tak ingat lebih-lebih lagi kalau Johan terlibat.

anugerah meletop era

Antara detik yang paling awesome di Anugerah MeleTOP Era ialah ketika Erra masuk ke pentas dengan menaiki motosikal. Memang smart!!! Selain itu gelagat Sharnaaz Ahmad yang membawa watak lelaki lembut seperti di dalam drama lakonannya turut menjadi. Namun dari segi persembahan, agak mengecewakan juga kerana ada beberapa persembahan yang tidak up to standard yang dijangkakan.
anugerah meletop era

Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dalam penganjuran Anugerah MeleTOP Era 2015. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Facebook Astro Gempak.

anugerah meletop era
anugerah meletop era
anugerah meletop era
anugerah meletop era
anugerah meletop era
anugerah meletop era
anugerah meletop era
anugerah meletop era
anugerah meletop era
anugerah meletop era
anugerah meletop era
anugerah meletop era
anugerah meletop era
anugerah meletop era
anugerah meletop era
anugerah meletop era
anugerah meletop era
anugerah meletop era
anugerah meletop era
anugerah meletop era
anugerah meletop era
anugerah meletop era
anugerah meletop era
anugerah meletop era
anugerah meletop era
anugerah meletop era
anugerah meletop era
anugerah meletop era
anugerah meletop era
anugerah meletop era
anugerah meletop era
anugerah meletop era
anugerah meletop era
anugerah meletop era
anugerah meletop era
anugerah meletop era
anugerah meletop era
anugerah meletop era

February 23rd, 2015

Hebat. Walaupun tidak muncul di Maharaja Lawak Mega, drama atau mana-mana filem tahun lalu, Johan tetap muncul sebagai pemenang anugerah terbanyak di Anugerah MeleTOP Era 2015. 3 kategori menjadi milik Johan semalam iaitu Penyampai Radio MeleTOP, Pelawak MeleTOP serta anugerah utama iaitu Top Top MeleTOP (Lelaki). Tahniah Johan.

anugerah meletop

Jujur dikatakan, Anugerah MeleTOP Era 2015 semalam banyak diselamatkan oleh lawak-lawak Johan. Antara yang paling kelakar ialah gelagat Johan, Awie dan Erra. Pecah perut beb. Apa pun tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Di bawah ialah senarai pemenang Anugerah MeleTOP Era 2015:-

1. Top Top MeleTOP Lelaki – Johan

2. Top Top MeleTOP Wanita – Ayda Jebat

3. Anugerah Fesyen MeleTOP – Nur Fazura

4. Artis Baharu MeleTOP – Ayda Jebat

5. Bintang Online MeleTOP – Datuk Siti Nurhaliza

6. Anugerah Couple MeleTOP – Scha Al Yahya & Awal Ashaari

7. Program Radio MeleTOP – Johara Pagi Era

8. Grup/Duo MeleTOP – Akim & The Majestrit

9. Penyanyi MeleTOP – Datuk Siti Nurhaliza

10. Lagu MeleTOP – Mewangi (Akim & The Majestrit)

11. Program TV MeleTOP – Maharaja Lawak 2014

12. Drama TV MeleTOP – Bukan Kerana Aku Tak Cinta

13. Host TV MeleTOP – Datuk AC Mizal

14. Artis Lawak MeleTOP – Johan

15. Pelakon TV MeleTOP – Zul Ariffin

16. Bintang Filem MeleTOP – Nelydia Senrose

17. Filem MeleTOP – Abang Long Fadil

18. Penyampai Radio MeleTOP – Johan

anugerah meletop

Semoga dengan kemenangan ini akan menjadi pembakar semangat buat semua untuk terus meningkatkan prestasi dalam industri yang diceburi. Tahniah sekali lagi.