December 18th, 2017

Sejak berkahwin dengan Ude Wahid, 29, Izreen Azminda Aznam, 32, telah mengeluarkan beberapa kenyataan berhubung pilihannya untuk mengahwini pemuzik Gegar Vaganza itu yang merupakan suami kepada Intan Liana Azman, 32, dan bapa kepada dua anak lelaki berusia 3 tahun dan 11 bulan.

Berikutan kenyataannya, ramai yang mencemuh Izreen dan sejak itu, dia tidak lagi mengeluarkan apa-apa kenyataan dan telah mematikan fungsi komen di akaun Instagramnya. Bagaimanapun, terdapat individu mendakwa bekas peminat Izreen telah mewujudkan satu akaun Instagram khusus untuk membenci Izreen yang dianggap perampas, iaitu akaun Instagram @izreen.azminda_perampas

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Malam tadi, akaun tersebut telah memuat naik satu gambar menunjukkan foto-foto Izreen dan Ude yang telah dicetak dan disusun pada satu panel. Akaun tersebut mendakwa, ia dikirimkan oleh seorang rakan Izreen yang telah datang ke rumahnya dan mengambil gambar panel itu sebelum mereka berkahwin. Ada antara gambar tersebut ialah gambar romantis Izreen dan Ude dan sebilangan gambar itu menunjukkan Izreen tidak bertudung.

Izreen bagaimanapun berang dengan pendedahan itu dan mendakwa ia satu fitnah. Izreen menulis panjang di akaun Instagramnya:

Sudah lama saya diamkan diri sejak isu mengenai pernikahan saya diperdebatkan. Diam tidak bererti salah dan takut. Cuma memberi ruang untuk kesemua pihak yang terlibat memperbaiki keadaan supaya kembali tenang tanpa membuka aib sesiapa..

Tapi rupanya tidak sama sekali seperti yang disangkakan!! Malah bertambah teruk..!!!!! Dan terkini tersebar pula gambar peribadi saya dirumah bersama suami yang tidak bertudung… Nama pun kat rumah…takkan nak pakai jubah!!! Bukan gambar diluar!!! Dan telah memfitnah gambar itu diambil sebelum kitaorang berkahwin oleh salah seorang kawan yang datang ke rumah saya..tapi yang peliknya..takdak seorang pun lagi kawan saya pernah jejakkan kaki ke rumah tu..? ker ada manusia yang sejenih gigih duplicate kunci semata-mata untuk masok ke rumah itu dengan niat yang tidak baik ketika saya dan suami tidak ada dirumah…

Wow awak sangat hebat…!! Apa yang awak dapat sebenarnya??? Dapat duit???? Dapat kereta? Dapat rumah? Sungguh tidak bermorallllll perbuatan manusia berhati binatang ini..dan untuk Instagran yang menyebarkan gambar ini..tunggu tindakan selanjutnya yang akan dikenakan keaatas anda kerana menjatuhkan maruah saya…dan menyebarkannya di sosial media…!!!!

Sekarang bukan soal “kalau tak salah takkan melenting”!!! Yang buat melenting ni sebab gambar tu gambar peribadi bersama suami!!! Kalo bini no 2 pun dah kenapa kalau nak amik gambar romantik pun!!! Awak yang gigih sendiri cari gambar tu..awak nak letakkan salah kat sini pulak!!! Busuk punya manusia!!

BERDOSA DGN TUHAN..BOLEH GIGIH LAGI SOLAT TAUBAT DAN SEBAGAINYA SELAGI DIBERI PELUANG BERPIJAK DIMUKA BUMI NI!!! DOSA DENGAN MANUSIA..?? MEMBUKA AIB..MENJATUHKAN MARUAH… MEMFITNAH..ATAUPUN MEMBUKA RUANG UNTUAK ORANG RAMAI MENCACI DAN MENGKEJI TERHADAP ORANG TERSEBUT SECARA TERANG TERANGAN DI SOSIAL MEDIA MACAM MANA??!!!…MERANGKAK LA AWAK RAMAI-RAMAI NAK MINTAK AMPUN SELAGI ORANG YANG DIFITNAH TU TAK MEMAAFKAN TERUTAMANYA YANG BERDOSA DENGAN IBU…DENGAN BAPA..ATAUPUN SUAMI..SEKIANNNNN!!!!

Akaun Instagram itu kemudiannya mendakwa gambar tersebut telah dilaporkan oleh pengikutnya menyebabkan ia dipadamkan. Izreen bagaimanpun tidak menerangkan bentuk tindakan lanjut yang bakal diambilnya. – beautifulnara.com

 

August 17th, 2015

Pengerusi Seniman, Zed Zaidi, memang tidak lekang dari kontroversi. Hari ini melalui mStar Online, Zed menyatakan rasa bengangnya kerana difitnah kononnya dia terlibat dengan kemelut Koperasi Pengiat Seni Selangor Berhad (KOSENI) yang tidak melunaskan bayaran RM4.8 Juta kepada usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

Menurut Zed dia langsung tidak tahu mengenai hal itu dan tiada kaitan lagi dengan pihak KOSENI.

Saya pernah menjadi penasihat KOSENI tetapi kontrak saya dah lama habis. Tiba-tiba keluar cerita saya ada kaitan dengan masalah usahan IKS yang belum mendapat bayaran mereka daripada KOSENI.

Ini semua fitnah! Ada pihak mahu mensabotaj saya dengan memburukkan reputasi saya sebagai seorang selebriti dan Presiden Seniman.

Seramai 38 usahawan IKS merayu kepada pihak berkuasa dua minggu lepas supaya mengambil tindakan sewajarnya sebagai penyelesaian masalah mereka dengan KOSENI. Menerusi satu sidang media, usahawan-usahawan mendakwa telah ditipu apabila semua barangan yang bernilai keseluruhannya RM4.8 juta tidak dibayar dijanjikan dalam kontrak perjanjian.

Zed juga disebut sebagai antara pihak dibawah KOSENI yang kononnya ‘membawa lari’ wang tersebut di sidang media itu. Zed berkata, selepas membuat beberapa penyiasatan, dia berjaya mengesan individu yang menyebarkan fitnah mengenainya.

Buat masa sekarang, apa-apa sahaja cerita saya yang keluar di akhbar, internet mahupun menerusi aplikasi Whatsapp, saya akan simpan sebagai bukti.

Saya dah tahu siapa yang memfitnah saya. ‘Menariknya’, individu tersebut masih lagi memburukkan saya .

Saya tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang sekiranya penyebaran fitnah ini masih berlanjutan.

Mungkin terdapat kekeliruan mengenai Zed tentang perkara ini. Usahawan tersebut mungkin sedang marah dan terlepas pandang bahawa Zed sudahpun meninggalkan KOSENI dan tidak tahu apa sebenarnya yang beralaku. Semoga usahawan tersebut mendapat penyelesaian segera berkenaan masalah mereka. Iyalah, RM 4.8 juta itu bukannya sedikit.

Pakat ghamai2 pi tgk Festival Boria 21-22 ogos 2015 kat Fort Cornwallis, padang kota lama..macam2 ada

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Thursday, 6 August 2015

July 3rd, 2015

Resam produk popular, pasti mendapat perhatian dan versi tiruan produk itu pasti dikeluarkan di pasaran oleh pihak tidak bertanggungjawab. Itulah yang terjadi kepada tudung Naelofar Hijab yang dikeluarkan oleh Neelofa. Ramai mendakwa tudung ini beserta tag jenama Naelofar boleh didapati di Vietnam dengan harga yang lebih murah. Siap ada yang berpesan kepada rakan-rakan yang bercuti ke sana untuk membeli tudung-tudung itu.

Terdapat khabar angin yang disebarkan oleh pihak tertentu bahawa tudung tersebut dijahit di Vietnam menyebabkan penjual di sana turut mengambil kesempatan menjual tudung tersebut dengan harga yang lebih murah.
 photo 11356859_946738292043969_2142517333_n.jpg

Melalui mStar Online, Neelofa bagaimanapun menafikan bahawa tudung itu pernah dijahit di sana. Sebaliknya ia 100% hasil kerja rakyat tempatan.

Kebanyakkan produk tiruan Naelofar Hijab dibuat dari Vietnam manakala yang asli adalah sepenuhnya hasil kerja rakyat tempatan.

Kadang-kadang pelanggan pun terkeliru dan tertipu kerana membeli secara online tetapi perbandingan kualiti dan jenis fabrik digunakan adalah berbeza.

 photo 11378480_780456585405027_915647468_n.jpg
Tambahnya, dia mempunyai pasukan khas yang mengenal pasti dan bertindak terhadap peniaga yang menggunakan gambarnya bagi promosi tudung tiruan.

Kami di Naelofar Hijab mempunyai pasukan khas untuk mengenal pasti pihak-pihak yang menjual produk ‘ciplak’ selain menggunakan nama dan wajah saya bagi memperdaya orang ramai.

Setakat ini kami telah mengambil tindakan terhadap beberapa peniaga yang melakukan perbuatan tersebut.

Ujarnya 13 koleksi Raya Naelofar Hjab telah dihasilkan menerusi 30 warna khusus untuk pelanggan. Ia telah habis dijual dalam masa tidak sampai 15 minit kepada stokis sebaik sahaja ia dibuka untuk tempahan baru-baru ini. Tudung keluaran Neelofa juga khabarnya akan dijual di 21 negara.

Produk yang baik pastinya akan mendapat sambutan ramai. Diharap Neelofa akan terus sukses dalam bidang diceburi.

[email protected] hujung minggu ini! Mari kita Solat Terawih Perdana & Rakaman Takbir Raya pada Sabtu 4 Julai ini secara langsung…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Monday, 29 June 2015