January 25th, 2018

Dikatakan membuat laporan polis berkaitan masalah rumah tangganya, pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil menjelaskan hubungan beliau bersama isteri tercinta, Datin Diana Danielle tidak mempunyai sebarang masalah.

Malah, beliau bersyukur kerana isteri dan anak-anaknya berada disampingnya ketika melalui saat-saat yang sukar dalam hidupnya kini.

Kami baik-baik saja.Tiada masalah antara kami. Saya bersyukur ada isteri dan anak-anak bersama-sama dalam situasi begini. Mereka sentiasa mendoakan kesejahteraan saya.

Ditanya mengenai foto laporan polis yang dimuat naik di akaun Instagramnya, Farid bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen kerana kes tersebut masih dalam siasatan polis. Farid hanya mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang tidak henti memberikan sokongan kepada beliau selama ini.

Sumber Berita : BH ONLINE

January 25th, 2018

Pelakon dan pengarah, Datuk Farid Kamil hari ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memasukkan dadah jenis THC (Tetra Hydrocannibol) ataupun ganja ke dalam badannya dua minggu lalu.  Farid didakwa memasukkan dadah ke dalam badannya di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, 4.30 petang, 11 Januari lalu.

Farid yang diwakili peguamnya Athari Bahardi kelihatan tenang ketika pertuduhan dibacakan di depan Majistret Nor Ariffin Hisham di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pagi tadi. Mahkamah juga memerintahkan pasport Farid diserahkan kepada mahkamah.

Pertuduhan ke atasnya dibuat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM5,000 dan pengawasan polis tidak lebih tiga tahun jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Farid dibebaskan dari tahanan reman pada 16 Januari dan menghadapi empat pertuduhan iaitu mendatangkan kecede­raan kepada orang awam yang disiasat mengikut Sek­syen 323 Kanun Keseksaan, menampar polis disiasat mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967, penggunaan dadah disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan mengganggu tugas penjawat awam disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan

Sumber Berita : Harian Metro

Kredit Foto : Aizuddin Saad