October 14th, 2019

Sejak daripada minggu lepas, kecoh dunia hiburan apabila pelakon Amar Ashraf dikatakan sebenarnya sudah pun beristeri dua dan dalam proses ingin memasang yang nombor ketiga sebelum hal itu terbongkar kepada orang ramai.

Selepas Amar mengeluarkan kenyataan dan permohonan maaf, kedua-dua isterinya iaitu Arna Salleh (isteri pertama) dan Vivy Jefri (isteri kedua) turut ‘back-up’ suami kesayangan mereka itu.

ashraf muslim nasihat amar asyraf tentang isu poligami

Seorang pelakon lain yang turut terkenal kerana isu poligami iaitu Ashraf Muslim turut tampil dan memberikan ulasannya mengenai isu ini. Untuk pengetahuan, pelakon lelaki ini telah mendirikan rumah tangga bersama isteri pertama Noor Dayana Lokman pada 2011 dan berkahwin untuk kali yang kedua dengan Wan Sakinah pada 2013.

Amar sepatutnya perlu jumpa saya dahulu, mungkin saya boleh beri nasihat.

Menurut Ashraf Muslim lagi, lelaki itu sebenarnya ada hak untuk merahsiakan hal berkenaan daripada pengetahuan umum tetapi perlu berani untuk menghadapi akibatnya di kemudian hari.

Tiada masalah untuk merahsiakannya (poligami) tetapi kena ingat sebagai selebriti ramai nak tahu keluarga kita.

Kalau boleh kita sampaikan kepada masyarakat supaya mereka faham. Nak kahwin tiga, boleh tiada masalah cuma kalau boleh kita buat dengan cara betul.

Perlu banyak bersabar. Bijak uruskan segala apa saja berkaitan rumah tangga.

ashraf muslim beri nasihat isu poligami pada amar asyraf

Dia juga menambah bahawa lelaki yang mahu berpoligami ini perlu mengetahui amanah dan tanggungjawab. Kena pastikan mampu dalam semua aspek, baru boleh fikirkan tentangnya.

Paling penting menggalas amanah yang Allah berikan.
Mampu pun merangkumi banyak perkara termasuk masa, kewangan dan kasih sayang.

Pandai betul Ashraf Muslim bagi nasihat sekarang ini, teringat pula semasa kekalutannya apabila berita tentang dia berkahwin dua tersebar dilaporkan oleh pihak media kan?

Sumber: Gempak

October 14th, 2019

Episod kontroversi pelakon Amar Asyraf dan “kekasih gelapnya”, Ellika Azman seakan tidak ada pengakhirannya.

amar asyraf

Selepas kedua-dua isteri Amar tampil memberikan penjelasan berkaitan rumah tangga mereka, Ellika menerusi muat naik terbaru di Instagramnya berkata, dia tidak akan teragak-agak untuk mendedahkan bukti sekiranya terdapat percanggahan kenyataan mengenai hubungannya dengan pelakon berstatus suami orang itu.

Ellika menegaskan bahawa dia akan menunjukkan semua bukti termasuk audio perbualannnya dengan Amar berkaitan hubungan percintaan mereka.

ellika azman tunjuk bukti

Niatnya bukan untuk meraih publisiti tetapi semata-mata ingin membela nasib anak Amar bersama isteri keduanya.

Terdahulu, Ellika tampil membuat pendedahan dan mendakwa dirinya dan Amar bercinta sejak September tahun lalu dan turut memuat naik foto dan video mesra bersama Amar. Menurut Ellika, mereka sepatutnya bernikah di Thailand tetapi terpaksa membatalkan perancangan itu selepas dia sendiri terkejut apabila mengetahui aktor tersebut mempunyai dua orang isteri.

October 14th, 2019

Kontroversi cinta tegi segi pelakon Ammar Asyraf dengan seorang wanita dikenali sebagai Ellika Azman memang cukup hangat diperkatakan. Bagaimanapun, isteri pertama aktor tersebut, Arna Salleh tegas dengan pendiriannya yang akan tetap bersama suaminya.

amar asyraf

Menceritakan perkara sebenar, Arna mengakui dakwaan Ellika dimana ibu Amar memintanya wang sebanyak RM100,000 itu adalah benar. Namun, tindakan itu sebenarnya bertujuan untuk mengelakkan wanita itu berkahwin dengan Amar, tetapi Ellika pula memaklumkan dia mempunyai wang sebanyak itu dan sanggup membayarnya.

Waktu itu, Ellika memaksa kedua-dua keluarga bertemu dan membincangkan urusan pernikahan mereka, bagaimanapun ibu mentua saya menegaskan dia tidak bersetuju Amar menikahi Ellika dan dia mula bersikap kurang ajar.

amar asyraf ellika azman

Ibu mentua mencadangkan jika dia boleh bayar RM100,000 bagi menyelesaikan segala hutang Amar, barulah mereka boleh berkahwin. Dia kemudian memaklumkan ada wang sebanyak itu.

Pada masa yang sama, Arna memohon maaf kepada pihak keluarga kerana merahsiakan masalah rumah tangganya selama ini. Dia akan cuba memperbaiki kelemahan diri dan menjadi seorang isteri yang baik. Bagaimanapun, wanita itu sedia untuk berpisah dengan Amar sekiranya masalah berlaku berterusan dan semakin teruk.

isteri pertama amar asyraf

Selepas cuba memperbaiki diri dan menjadi isteri yang lebih baik, tetapi jika masalah terus berlaku saya bersedia untuk berpisah. Semuanya terpulang kepada Amar sebagai suami. Bagaimanapun dia tidak mahu kehilangan keluarganya dan berjanji akan memperbaiki kekurangan diri.

Saya bukan isteri yang baik, tetapi saya tidak akan tinggalkan suami saya berhadapan dengan situasi ini berseorangan. Kuat untuk berhadapan dengan perkara ini dan jangan menangis sendiri.

isteri pertama amar asyrafTerdahulu, Ellika membuat pendedahan dia menjalinkan hubungan cinta dengan Amar sejak September tahun lalu. Menurut Ellika, mereka sepatutnya bernikah di Thailand antara 11 hingga 13 Oktober tahun ini tetapi terpaksa membatalkan perancangan itu selepas dia sendiri terkejut apabila mengetahui aktor itu mempunyai dua orang isteri.

Sumber Berita : Harian Metro

October 12th, 2019

Setelah dihimpit pelbagai spekulasi dan kontroversi panas, akhirnya wanita dipercayai isteri kedua pelakon Amar Asyraf iaitu Vivy Jeffry tampil mendedahkan dia sudah bernikah dengan aktor itu sejak beberapa tahun lalu. Hasil perkahwinan,  mereka telah dikurniakan seorang anak lelaki.

amar asyraf

Menurut Vivy, dia sudah lama menyimpan rahsia tentang perkahwinan mereka dan kini semuanya terbongkar. Vivy berkata dia merahsiakan perkara itu kerana ingin menjaga aib suaminya dan keluarga serta menyedari statusnya sebagai isteri kedua.

Ya, memang betul saya adalah isteri kedua Amar dan kami juga mempunyai seorang anak lelaki. Selama ini saya simpan tapi benda ini terbongkar juga. Apa yang didedahkan wanita sebelum ini semuanya betul.

vivy jeffry isteri kedua amar asyraf

Sebenarnya saya sudah bersedia dengan apa yang akan berlaku selepas ini dan redha dengan perjalanan hidup saya yang disusun Allah. Ibu selalu cakap, kita jangan buka aib suami walaupun dalam keadaan marah macam mana pun, sebab satu hari nanti mesti akan terbongkar sendiri.

Vivy berkata, hubungannya dengan Amar turut diketahui isteri pertama iaitu Arna Salleh tetapi mereka tidak pernah berjumpa.

amar asyraf

Isteri pertama Amar tahu mengenai perkahwinan kami tapi saya dan dia tidak pernah berjumpa. Selama ini kami hanya berhubung melalui telefon sahaja.

Selain kami bertiga, keluarga terdekat dan beberapa kenalan rapat saya juga mengetahui semuanya. Saya faham dan sedar kedudukan saya sebagai isteri kedua sebab itu saya memilih hanya berdiam diri saja selama ini.

amar asyraf kahwin lagi

Terdahulu, seorang wanita dikenali sebagai Ellika Azman membuat pendedahan dia menjalinkan hubungan cinta dengan Amar sejak September tahun lalu. Menurut Ellika, mereka sepatutnya bernikah di Thailand antara 11 hingga 13 Oktober ini tetapi terpaksa membatalkan perancangan itu selepas dia sendiri terkejut apabila mengetahui aktor itu mempunyai dua orang isteri.

Sumber Berita : mStar Online