Written by Bella | June 24th, 2019

Masih tidak terlambat untuk kami ucapkan tahniah kepada personaliti televisyen terkenal, Ally Iskandar yang sudah bernikah dengan gadis pilihan hatinya, Marlina Ibrahim pada Sabtu lalu.

Ally selamat bergelar suami kepada Marlina dengan sekali lafaz . Kedua-duanya tampak cantik dan kacak mengenakan persalinan warna putih sedondon.

Pasangan ini dinikahkan dalam sebuah majlis yang diadakan di Temerloh, Pahang dengan mas kahwin bernilai RM22.50 dan senaskhah kitab suci Al-Quran.

Tidak dinafikan perkahwinan Ally mengejutkan ramai dan netizen mula membanjiri ruangan komen di akaun Instagram bekas isterinya, Farah Lee. Mereka bertanyakan soal perkahwinan Ally.

Respon Farah Lee

Sudah lama ‘move on’

Menjawab segala persoalan netizen, Farah menjelaskan dia sudah mengetahui hasrat Ally untuk berkahwin sejak awal lagi. Farah akui dia juga tumpang gembira dengan berita tersebut dan mendoakan kebahagiaan bekas suaminya. Perkara itu langsung tidak membuatkan dia sedih seperti yang dianggap oleh orang ramai.

Terdahulu, Ally dan Farah mendirikan rumah tangga pada 20 Januari 2012, namun pasangan itu bercerai pada 17 Ogos 2016. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Maream Esabel.

Sumber Berita : mStar Online

Kredit Video : Kosmo

Written by Bella | May 30th, 2019

Bukan semua orang boleh kekalkan hubungan baik dengan bekas suami mahupun isteri selepas bercerai. Tidak dinafikan, ramai yang ada ego tersendiri sehingga ada kalanya anak-anak yang menjadi mangsa.

Namun, apa yang dilakukan oleh Farah Lee dan bekas suaminya, Ally Iskandar harus diberikan pujian. Meskipun sudah berpisah, mereka bersikap profesional mengekalkan hubungan baik demi anak perempuan tercinta, Maream Esabel.

Ramai juga sebak dan terharu melihat rakaman video saat Maream mendakap erat ‘daddy’ tercinta sebaik sahaja tiba di lapangan terbang ketika pulang ke Malaysia. Luahan rindu antara bapa dan anak yang sudah lama tidak berjumpa.

Bagaimanapun, Farah menerusi akaun Instagramnya apa yang beliau kongsikan itu bukanlah bertujuan untuk meraih perhatian, sebaliknya mahu memberikan gambaran bahawa pasangan bercerai tidak semestinya harus bermusuhan.

Toleransi antara kunci utama untuk menjaga hubungan baik. Kami doakan mereka kekal harmoni begini sehingga selama-lamanya. Amin..

Written by Bella | August 18th, 2016

Pagi ini bertebaran berita yang agak mengejutkan kami,  dimana ramai yang mengatakan rumah tangga pasangan Ally Iskandar dan Farah Lee sedang bergolak.

Spekulasi mengenai rumah tangga mereka mula timbul apabila Farah menerusi akaun Instagramnya memuat naik status yang penuh tanda tanya dan pada masa yang sama menggambarkan beliau kini dalam proses untuk memulakan sebuah kehidupan baru.

Berikut status Farah di Instagram :-

Berdasarkan pemerhatian kami, gambar Ally di akaun media sosial Farah juga sudah dipadam.  Apakah benar mereka mempunyai masalah? Apa-apa pun kami harap Ally dan Farah dapat menyelesaikan kemelut yang mereke sedang hadapi dengan baik.