October 10th, 2011

Dua hari lepas satu video muzik lagu “Falling In Love” dari album Inggeris Dato’ Siti Nurhaliza, All Your Love telah dikeluarkan di YouTube yang dikatakan video rasmi, tetapi menurut sumber BeautifulNara ianya bukan video rasmi kerana video rasmi hanya akan dikeluarkan di rangkaian MTV atau rangkaian YouTube Siti iaitu SitiDigital.

Menurut pengkhabar itu juga masih banyak shots Siti memakai pakaian berlainan yang belum diedit masuk dan sudah tentu rugi kalau shots cantik itu tidak digunakan sepenuhnya.

Kalau korang nak tengok, ini ialah video muzik rasmi yang dikatakan itu. Mungkin ada pengesahan rasmi dari pihak Dato’ Siti Nurhaliza pula tentang perkara ini? Bersama kita nantikan.

September 26th, 2011

Baru berlangsung petang tadi ialah pelancaran album Inggeris Dato’ Siti Nurhaliza iaitu All Your Love. Mengenakan sut merah menyala dan topi hitam, beliau kelihatan anggun sekali. Kami telah pun membeli muat turun album “All Your Love” dari www.cdbaby.com dua hari lepas. Album ini sememangnya menarik, dengan lagu-lagu yang segar dan hip. Lagu favourite kami ialah “Stand Up”, “All Your Love” dan “Nobody Else”.

Ramai selebriti terkenal telah hadir ke majlis pelancaran album tersebut di Starhill Gallery. Untuk 5 keping lagi gambar, boleh anda dapati dengan membaca gosip ini sepenuhnya.