Written by Bella | January 18th, 2018

Tidak lama lagi acara muzik Anugerah Juara Lagu yang dinantikan oleh rakyat Malaysia setiap tahun bakal tiba. Untuk menghangatkan lagi malam tersebut, Aliff Satar dan Sherry Al – Hadad telah dipilih sebagai hos AJL ke 32.

Walaupun pernah berganding bersama sebagai pengacara Konsert Rocknova tahun lalu, Aliff dan Sherry bagaimanapun pertama kali diberi peluang untuk mengacarakan Anugerah Juara Lagu bersama.  Tentunya mereka merasa cukup teruja dan berjanji akan memberikan yang terbaik untuk menghiburkan penonton.

Sebenarnya saya berasa bertuah kerana dipilih sebagai pengacara AJL32. Banyak kejutan bakal kami persembahkan nanti.

Sebanyak 12 lagu yang akan bertanding pada malam AJL 32. Bertemakan Fesyen dan Muzik, AJL 32 bakal bersiaran secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil pada 11 Februari ini.

Sumber Berita : Harian Metro

Kredit Foto : Instagram TV3 Malaysia