April 25th, 2016

Menjadi seorang lelaki bukanlah sesuatu yang mudah. Lebih-lebih lagi jika anda sudah berkahwin dan mempunyai anak. Sungguh besar tanggungjawab seorang lelaki sebagai suami dan ayah. Kalau masih bujang tak perlu nak risau sangat sebab hanya perlu jaga diri sendiri. Namun bila dah ada isteri dan anak-anak, it’s totally a different world (amboi speaking).

alicafe

Abang Nara, isteri dan anak-anak

Berdasarkan pengalaman Abang Nara setelah berkahwin selama 5 tahun dan memiliki 3 cahaya mata, menjadi lelaki bukan bermakna kerja kita sekadar mencari duit untuk keluarga tercinta. Banyak lagi benda lain yang perlu dilakukan.Jika anda seorang lelaki, ini ada beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk menjadi seorang lelaki yang lebih baik.

1. Bawak family tercinta bercuti setahun sekali

alicafe

Tahun ini Abang Nara ada bajet lebih sikit so bawaklah isteri dan anak-anak ke Paris. Tak semestinya kena bercuti ke luar negara. Contohnya tahun lepas Abang Nara bawak diorang pergi Langkawi. Seronok jugak. Yang penting masing-masing dapat luangkan masa bersama-sama. Cuma kalau anak masih kecil tue, nasihat Abang Nara takyahlah bawak jalan jauh-jauh. Penat beb layan kerenah diorang. Hehehe.

2. Bawak anak-anak main luar di waktu petang

alicafe

Benda ini memang nampak simple tetapi ia amat menyeronokkan untuk anak-anak. Tak kiralah bawak pergi taman permainan ke, bawak main buih depan rumah ke atau pergi main tendang-tendang bola. Yang penting petang-petang bawaklah mereka keluar. Hirup udara segar. Tapi sekarang ini suhu tengah panas membara, jadi kena berhati-hati sikit. Jangan sampai anak-anak demam.

3. Ambil minuman berkhasiat

alicafe

Setiap pagi sebelum memulakan hari anda, minumlah Alicafe Tongkat Ali dan Ginseng 5 dalam 1 yang berperisa lebih pekat atau karamel ini untuk memastikan tenaga anda mencukupi sepanjang hari. Kandungan di dalamnya mengandungi khasiat Tongkat Ali dan Ginseng yang membantu mengekalkan fokus minda, juga menguatkan tubuh badan. Tak adalah bila anak-anak ajak main kita asyik cakap penat je. Balik kerja petang-petang pun masih bertenaga untuk menghiburkan anak-anak. Malam pulak ada tenaga untuk isteri tercinta. Aum!!! Minumlah secawan setiap hari untuk tenaga yang mencukupi.

4.Buat kejutan untuk isteri tercinta

Selain daripada menolong isteri membuat kerja rumah, memasak, lipat kain dan sebagainya, sekali sekala kenalah buat kejutan untuknya. Bukan apa, bila lama dah kawin ini, kita akan take for granted hubungan tersebut. Setahun sekali belikan bunga untuk si dia yang kita cintai apa salahnya kan?

alicafe

Itu sahaja tips-tips simple daripada Abang Nara. Pasti ramai lagi lelaki, suami dan ayah di luar sana yang mempunyai cara mereka yang tersendiri untuk menjadi seorang insan yang lebih baik. INgatlah bahawa kita sebagai lelaki melengkapi hidup isteri dan anak-anak. Kesihatan kena jaga, tenaga kena sentiasa ada dan kena sentiasa ceria. Selamat menjadi seorang lelaki yang lebih awesome.

March 11th, 2016

Abang Nara merupakan penggemar kopi. Setiap pagi ketika bersarapan, mesti kena minum kopi. Kalau tak satu hari rasa lain macam je. Jadi bila dapat jemputan untuk ke majlis pelancaran produk terbaru Power Root Marketing yang terkenal dengan kopi Alicafe, memang pucuk dicita ulam mendatang. Untung-untung boleh dapat stok Alicafe percuma untuk diminum setiap pagi.

alicafe

Abang Nara dah try, boleh tahan sedap rasanya

Produk terbaru ini ialah Kopi Alicafe Tongkat Ali dan Ginseng. Abang Nara akan bercerita lebih mendalam lagi tentang kelebihan Kopi Alicafe yang terbaru ini, tetapi buat masa ini, tahniah diucapkan kepada Faizal bin Ismail atau lebih dikenali sebagai FBI yang telah dilantik sebagai duta produk ini. Memang satu gandingan yang amat sesuai sekali.

alicafe

bertenaga dan ceria sungguh FBI nie

Tongkat ali dan ginseng memang dikenali sebagai bahan yang memberikan tenaga kepada penggunanya. Kalau dah digabungkan kedua-duanya dalam satu kopi, memang confirm lain macam kesan dia. Menurut FBI, sampai ke malam terasa bertenaga je. Power!!! Kata FBI:-

“Ya, memang saya penggemar kopi. Malah, saya telah cuba pelbagai jenis kopi kerana saya beranggapan kesemua kopi adalah sama. Namun, jauh panggang dari bara. Bila saya mula mencuba kopi Alicafe Tongkat Ali dan Ginseng ini, saya dapati khasiatnya memang luar biasa. Maksud saya, walaupun ia hanyalah secawan kopi, tetapi setelah saya minum kopi ini, saya dapat rasakan perbezaannya. Saya lebih bertenaga dan lebih fokus. Bukan sahaja di siang hari, malah sehingga ke malam.

Di situlah saya tahu yang kopi Alicafe Tongkat Ali dan Ginseng ini memang kopi luar biasa dan tiada kopi 3-dalam-1 setandingnya. Sejak daripada itu, saya tidak akan mulakan hari saya tanpanya. Jadi, itulah rahsia yang saya ingin kongsikan kepada semua.

alicafe

Gabungan 3 bahan yang pasti menjanjikan keenakan

Abang Nara akan cuba Kopi Alicafe Tongkat Ali dan Ginseng seminggu dua ini. Nak tahu juga betul ke kesannya seperti yang diperkatakan oleh FBI. Nanti Abang Nara kongsikan dengan anda semua. Kalau korang nak try, boleh cuba dapatkan di kedai-kedai runcit berhampiran rumah anda. Confirm ada jual. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

alicafe

alicafe

alicafe

alicafe

alicafe

alicafe