February 24th, 2020

Pelawak Ali Puteh sebelum ini meminta Datuk Seri Aliff Syukri untuk meminta maaf kepada ibunya dan bertaubat kerana tindakannya bertanyakan soal harta peninggalan arwah Abam kepada balunya itu, secara tidak sengaja telah memecah belahkan ahli keluarga mereka.

aliff syukri taubat

Bagaimanapun, jutawan kosmetik itu masih tetap dengan pendiriannya bahawa apa yang dia lakukan itu bukanlah satu kesalahan. Malah, perkataan taubat yang ditujukan kepadanya juga tidak sesuai.

Perkataan taubat itu tak sesuai untuk saya. Saya bukannya merompak dan merogol orang. Saya tidak fikir pertemuan dengan Nurhidayah satu kesalahan besar. Malah, saya tidak menjangka perkara ini boleh mencetuskan kontroversi.

aliff syukri taubat

Sebenarnya, antara mereka sudah wujud konflik. Cuma, kehadiran saya membuatkan Nurhidayah nak bercerita. Dia mengizinkan segala perbualan dirakam dan disiarkan. Jadi, adakah itu kesalahan saya?

Tidak fasal-fasal saya pula yang menjadi mangsa dan dipersalahkan. Sedangkan niat saya nak ziarah dan berikan zakat dan sumbangan pada mereka.

aliff syukri taubat

Difahamkan, Aliff akan mengadakan sidang media pada hari ini bagi menjelaskan dan menjawab segala persolan berkaitan kemelut yang melanda. Menurutnya lagi, video yang disiarkan hanya 10 peratus dan masih menyimpan lagi beberapa perkara lain kerana tidak mahu mengaibkan sesiapa.

Sumber Berita : Harian Metro

February 22nd, 2020

Tindakan adik Allahyarham Abam Bocey iaitu Ali Puteh yang memuat naik status berbaur hinaan terhadap balu abangnya iaitu Noor Hidayah berkaitan soal harta telah menimbulkan kemarahan netizen. Malah, ramai yang bimbang nasib wanita itu dan anak kecilnya tidak terbela apabila Hidayah ada mendedahkan dia menghadapi kekangan berkaitan harta peninggalan arwah suaminya, termasuklah isu kereta diuruskan pihak keluarga Abam dan dia dibiarkan sehelai sepinggang.

sharnaaz ahmad ali puteh

Melihat apa yang berlaku, pelakon Sharnaaz Ahmad  terpanggil untuk memberikan komen mengenai isu hangat melibatkan Ali, kakak iparnya dan Datuk Seri Aliff Syukri.

Jangan menilai, takut jadi fitnah

Sharnaaz berharap netizen tidak terus membuat kesimpulan jika tidak mengetahui cerita sebenar disebalik kontroversi yang berlaku, seeloknya berdiam diri sahaja agar tidak menyebarkan fitnah yang boleh memburukkan lagi keadaan.

Pelakon itu akui tindakan Ali memuat naik status penghinaan terhadap balu arwah Abam itu salah, tetapi Sharnaaz percaya Ali telah pun menyesal.

ali puteh kakak ipar

Tambah Sharnaaz, apa yang berlaku pasti ada sebabnya tetapi orang ramai yang tidak tahu apa-apa tidak sepatutnya membuat andaian sendiri tanpa sebarang bukti.

Kami harap kemelut antara Ali dan Hidayah dapat diselesaikan secara baik dan biarlah pihak yang lebih arif seperti peguam atau jabatan agama Islam membantu menyelesaikan apa sahaja isu yang mereka hadapi.

February 22nd, 2020

Sejak beberapa hari lalu, kecoh isu mengenai tindakan Datuk Seri Aliff Syukri yang berkunjung ke rumah balu Allahyarham Abam Bocey iaitu Noor Hidayah dan dikatakan bertanyakan soalan sensitif berkaitan harta peninggalan arwah. Apa yang dilakukannya itu dianggap tiada adab dan secara tidak langsung telah mencetuskan kontroversi antara Hidayah dan keluarga Abam.

ali puteh aliff syukri

Menerusi sidang media yang diadakan semalam, Ali Puteh mengakui dia sangat terguris dengan tindakan usahawan kosmetik itu menjadikan waktu pilu dihadapi keluarganya sebagai kesempatan untuk meraih keuntungan. Terasa dipergunakan oleh Aliff yang cuba untuk meraih publisiti bagi melariskan saluran YouTube miliknya

Dia memohon agar Aliff bertaubat kerana secara tidak langsung sudah memecah belahkan silaturahim keluarga kedua pihak yang kini menjadi cemuhan masyarakat.

View this post on Instagram

Saya sedih sangat sbb apa yang saya lakukan sekadar ingin memberi bantuan hasil perniagaan sy @as.legacymalaysia bersama team CSR saya. . Sebelum ni kalau korang tengok pun saya banyak membantu orang lain dan kalau saya bantu saya akan buat live tak kisah siapa pun dia.. Kalau difikirkan saya beli rumah saya yang saya duduk sekarang ni pun tak de pun saya guna duit youtube beli kereta semua tak ada pun. Rancangan terlajak kasih ni pun sy lakukan untuk salurkan sedikit drpd rezeki sy kpd mereka yg lbih memerlukan di luar sana. . Duit youtube brapa sen sangat dorang bayar.. Rasanya perkataan mengaut keuntungan tu tidak wajar diajukan kepada saya…malah saya habis duit untuk program ini.. Bukan saya untung pun. . ( vedio full ada kat youtube) . Bagi yang nk berjaya bersama sy dan berminat untuk buka franchise jenama Dherbs yg telah berada di pasaran lebih dari 10 tahun boleh whatsapp 0102386451 modal serendah rm30k sahaja slide pic cawangan kami di malawati mall kuala lumpur contoh butik (utk 10 org shaja) Korang boleh tunggu penjelasan saya selanjutnya… Terima Kasih

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Mana adab dia sebagai seorang Islam. Sepatutnya soalan itu perlu minta persetujuan kedua-dua belah keluarga. Nak beri sumbangan, saya bersyukur sangat. Tapi bila dengar soalan itu, cuba bayangkan perasaan ibu saya.

Kepada Aliff Syukri yang sangat hebat, bertaubat lah, pintu taubat sentiasa terbuka. Jangan pecahkan silaturahim keluarga. Dimana adab kamu kepada keluarga yang kamu pecah belahkan.

ali puteh aliff syukri taubatKami tidak menyebelahi mana-mana pihak tetapi hanya meluahkan pendapat secara umum. Memang tidak salah untuk memberikan sumbangan serta melakukan kebajikan tetapi biarlah dengan cara yang betul agar tidak menyinggung hati mana-mana pihak.

Sumber Berita : mStar Online