November 19th, 2015

Nazim Othman sememangnya diketahui meminati filem, drama dan muzik dari Korea Selatan. Malah, imej yang ditampilkan beliau boleh dikatakan menyamai penampilan pemuda-pemuda ‘exo’ yang mengganggotai kumpulan-kumpulan k-pop dari sana.

 photo 12224561_417448008455026_34182507_n.jpg

Gambar: Instagram Nazim Othman

Untuk sebuah drama terbarunya, Nazim telah memuat naik satu video adegan beliau berbahasa Korea di Instagram dan Twitter.

Nazim Othman Cakap KoreaNazim Othman berlakon jadi pemuda Korea dalam drama terbaru.

Posted by BeautifulNara.com on Sunday, 15 November 2015

Sebenarnya kami tidak pasti apa tajuk drama tersebut tetapi dari komen Netizen, kami mendapat tahu bahawa drama tersebut ialah adaptasi dari novel ‘Kimchi Untuk Awak!’ di mana Nazim melakonkan watak seorang pemuda Korea bernama Kang Ye Jun. Nazim telah terbang ke Seoul untuk melakonkan babak-babak dalam drama ini. Khabarnya drama itu akan ditayangkan Januari tahun hadapan.

Bagaimanapun, adegan Nazim berbahasa Korea itu juga mendapat kritikan seorang pengguna Twitter menggunakan tweethandle @nessaggrf yang mengatakan aksen Korea Nazim kedengaran ‘tidak semulajadi’ dan salah.


 photo 12243620_10208648722044072_1291905372_n.jpg
 Tweet itu telah dibalas oleh Nazim dengan menyatakan penyampaian dialognya dipantau oleh seorang profesor yang kagum dengan kebolehan Nazim menuturkan bahasa Korea.

Keseluruhan gosip ini dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Anda peminat muzik berirama RoCk?! Bagaimanakah agaknya jika lagu-kagu berirama rock digubah dlm susunan vokal koir?…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Wednesday, 11 November 2015

Seorang lagi pengguna Twitter lain mempersoalkan tindakan Nazim tweet search nama sendiri, dan ia juga dibalas oleh Nazim.
 photo 12233138_10208648722244077_936799916_n.jpg
Penulis tweet asal yang mengkritik aksen Korea Nazim menyifatkan tindakan Nazim sebagai ‘biadap’.
 photo 12248721_10208648723244102_1279380390_n.jpg

Pada pendapat kami, sebagai seorang yang bukan pengucap natif bahasa Korea, ia satu percubaan yang baik. Kita bercakap lebih baik dalam bahasa Inggeris kerana kita mempelajarinya di sekolah. Untuk menguasai bahasa Korea, masa yang diambil haruslah bertahun supaya bila bercakap kedengaran seperti orang Korea.

Kumpulan k-pop JYJ (Jaejoong, Yoochun, Junsu) misalnya, mengambil masa selama enam tahun mengadakan konsert jelajah di seluruh Jepun barulah dapat bertutur dengan fasih dalam bahasa Jepun. Apa pendapat anda?

November 6th, 2015

Boleh dikatakan apa saja yang dibuat oleh Neelofa menjadi perhatian dan sebutan. Pelakon dan usahawan genit itu baru-baru ini melancarkan satu rangkaian YouTube sendiri yang dipanggil NeelofaTV Channel.

Ada yang mempersoalkan motif Neelofa melakukannya dan ada juga yang memuji usaha Neelofa untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan peminatnya.
Neelofa telah memuat naik satu video seperti ‘Vlog’ untuk berinteraksi dengan peminatnya sambil bercakap menggunakan bahasa Inggeris. Bagaimanapun, dia dikritik orang ramai kerana ‘try hard’ bercakap Inggeris menggunakan aksen atau telor lidah rakyat Amerika sehingga kedengaran pelik. Menurut mereka, Neelofa menekankan sebutan suku kata yang salah.

Mereka juga membandingkan Neelofa dengan cara Fazura bercakap dalam bahasa Inggeris dalam video ini, di mana Fazura bercakap dengan lancar, comel dan dan santai dalam video di bawah:

Dalam bahasa Inggeris, ilmu mengenai cara menyebut perkataan dalam Inggeris dipanggil ‘phonology’. Pelakon karismatik Redza Minhat pernah tweet mengenai ‘phonology’ atau sebutan perkataan yang betul melalui Twitternya.

Mungkin Neelofa perlu belajar lebih lagi mengenai ‘phonology’ untuk sebutan perkataan Inggerisnya kedengaran sedap dan betul di telinga orang ramai.

Apa pun, ada yang menganggap usaha Neelofa untuk membuat atau memperkenalkan sesuatu yang baru sebagai sesuatu yang terpuji. Jangan putus asa dan sila teruskan memuat naik video. Bukan semua tak suka tonton video Neelofa, dan diharap Neelofa sentiasa berusaha memperbaiki sebutannya.

Festival Teater Selangor 2015 mampu membangkit dan menyemarakkan teater tanah air. Saksikan sepuluh kumpulan teater…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Sunday, 1 November 2015